WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Sunday, June 17, 2012

3 HURUF 1 NOMBOR SETENGAH JUTA

Assalamualaikum. Seperti yang kita sedia maklum, isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah isu no plat. Bukan maksud ana ingin mencampuri urusan orang lain, tetapi ana terpanggil untuk mengulas isu ini. RM setengah juta digunakan untuk membeli 3 huruf 1 nombor. Apa ada pada huruf dan nombor ni? Adakah mempunyai advantage untuk kita diakhirat nanti atau sekadar prestige sahaja? Kalau gah yang kita cari, alangkah ruginya setengah juta itu dibazirkan begitu sahaja. Bukan hak ana untuk mempertikai hak membeli rakyat Malaysia, tetapi belian itu haruslah dilihat dari semua sudut.

Bayangkan dengan wang setengah juta itu, berapa banyak buah rumah yang mampu kita bina untuk rakyat yang tidak ada rumah? berapa ramai pesakit kronik terutama dikalangan kanak2 yang mampu kita bantu? berapa banyak rumah anak2 yatim yang mampu kita bantu? berapa ramai rakyat Malaysia yang boleh kita bantu untuk mengerjakan haji, atau setidak2nya umrah? Di sini kita silap. Ingatlah bahawa pendapatan yang kita peroleh bukan semua milik kita. Dalam harta kita terdapat hak orang miskin. 

Di zaman Sultan Muhammad Al Fateh, rakyatnya menolak pemberian zakat. Mengapa? Adakah mereka semua rakyat yang kaya? Tidak! Ini kerana mereka berasa cukup dengan apa yang mereka ada. Tetapi kita di sini, ketua kampung pun mahukan bantuan walaupun setiap bulan dibayar elaun! Kita bergaji besar, sudah mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, motosikal sendiri tetapi maseh mahu lagi mengumpul kekayaan. Kerna apa? Kerna kita sering merasa tidak cukup dengan apa yang kita ada. Harta2 ini jika boleh membantu kita di akhirat nanti tidak mengapa kita kumpulkan. Kumpulah sebanyak manapun. Tetapi jika disebabkan harta ini kita dicela di akhirat nanti,maka apa gunanya?

Bukan salah mengumpul harta untuk masa depan anak2 kita, tetapi haruslah disalurkan atau digunakan dengan cara yang betul. Jika mempunyai wang yang banyak tetapi digunakan untuk mendaftar nombor kenderaan, adakah ini cara yang betul mengikut landasan Islam dalam menguruskan harta? Ingatlah bahawa nabi Allah Sulaiaman lewat 4 tahun ke syurga berbanding Rasul Allah yang lain kerna baginda merupakan Rasul Allah yang paling kaya diantara semua Rasul. Di akhirat nanti, orang miskin akan masuk syurga dahulu berbanding orang kaya. Kerna apa? Kerna Allah menyoal bagaimana kita mengurus harta kita.

Jadilah orang yang bijak dalam menguruskan harta. Sebaik2baiknya, ikutlah landasan Islam. Wallahualam.

by: alif@adeq

Thursday, May 10, 2012

Rahasia

Assalamualaikum. Waah dah bersawang blog ana nih. Almaklumlah dah lama ana tak blogging, sibuk dengan assignment dan sebagainya. Okey, kali ni ana nak tulis sedikit tentang jodoh. Ramai yang cakap jodoh itu rahasia Allah. Ya,benar ia adalah rahasia besar Allah dan telah ditetapkan sejak kita berusia 4 bulan dalam rahim ibu. Tetapi, mengapa maseh ramai lagi yang seolah2 cuba mengorek rahasia Allah tersebut? Jika benar rahasia, apa hak kita untuk mengoreknya dari orang lain? 

Contoh; si A mempunyai rahasia yang sangat besar..susah payah beliau menyimpannya dari tahun ke tahun..kemudian rakannya si B mempunyai keinginan untuk mengetahui apa rahasia si A..pelbagai cara digunakan untuk mengetahui rahasia tersebut..ada yang baik, ada juga yang tidak baik caranya..lalu si A sedar akan perkara tersebut lantas memarahi si B dan menyebabkan hubungan persahabatan mereka musnah disebabkan sikap suka mengorek rahasia seseorang..si B menyesal akan perbuatannya dan memohon maaf pada si A..dengan sifat si A yang baik hati maka dimaafkan rakannya si A..dengan sendirinya, si A menceritakan rahasia tersebut kepada si B.

Dari contoh tersebut boleh ana kaitkan dengan jodoh tadi. Kalau sudah namanya rahasia, mengapa maseh ramai lagi yang ber'couple', berkasih-kasihan, bersayang-sayangan amboi? Seolah-olah kita cuba mengorek rahasia Allah. Sudahlah ber'couple',buat pula perkara maksiat yang mendatangkan murka Allah. Bila Allah murka, adakah redha Allah itu sampai kepada kita? Jadi, mengapa kita harus terburu-buru untuk mengetahui rahasia Allah tersebut? Jika kita menyandarkan segala harapan, doa dan impian kita kepada Allah, inshaAllah dengan sendirinya Allah mem'bocor'kan rahasia Dia kepada kita.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mempersiapkan diri kita dengan IMAN yang kukuh dan menjadi seorang insan yang benar2 bergelar INSAN. InshaAllah, dengan rahmat Allah yang Maha Luas, akan diberikan kita jodoh yang benar2 sesuai dengan kita. Kerna itu, janganlah kita tergopoh-gopoh soal jodoh ini, kerna ia telah ditetapkan sebelum kita jejakkan kaki ke bumi lagi. Wallahualam :)

by: alif@adeq


Monday, March 26, 2012

Kecundang Dalam Percintaan Makhluk

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas." Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

"Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika."

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: "Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya."Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang 'frust' dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani 'memperkosa' kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang 'syok' bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah... kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, " Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui."

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, "mengapa aku terpaksa menanggung derita ini."Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter... ter... segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, "ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?"

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada... kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, "Tuhan ada!" Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya 'terpaksa' bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, "mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya." Cubalah fikirkan... siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir...

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir... barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, "Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!" Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama 'orang' yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. "Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu." "Allah ganti yang lebih baik." "Tak sangka, kami akan serasi begini." Begitulah suara-suara 'testimonial' daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu 'terkena' dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai 'mata rantai' yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah 'sekolah' yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham 'pelajaran' yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan 'frust' berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada 'pelajaran-pelajaran' tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah 'pelajaran-pelajaran' itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya 'selesai' di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa 'refer' atau 'repeat' akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I'm not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada 'pelajaran' yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca 'mesej' yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja'lulus' dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah 'guru' yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, "apakah pelajaran yang disebalik semua itu." Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah 'mehnah' – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah 'guru' yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi 'tujuan' di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati 'kekasih hati' agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata,"we cannot direct the wind but we can adjust our sail." Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi 'Tuhan". Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam 'sekolah' kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi... maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan... Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, "belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air." Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, "jangan gergaji abuk kayu!" Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati... ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa... ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan...

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan 'cuaca' kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:"Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua...cinta sejati yang ditunggunya!"

by: Artikel iluvislam.com

Wednesday, March 21, 2012

Asal Merajuk Je, Lari Rumah

Assalamualaikum. Straight to the point, adakah sekarang ini merupakan trend bagi anak2 gadis lari rumah bila ada conflict dengan famili? Kalau lari rumah kawan sama jantina boleh dimaafkan lagi, ini lari ke rumah teman lelaki! Memang tak boleh diterima langsung! Perbuatan anda ini telah menyebabkan seluruh rakyat Malaysia risaukan anda termasuklah sultan dan para menteri!

Adakah anda tidak fikir sebelum melakukan sesuatu? Umur anda maseh muda, baru 15 tahun, jangan sia2kan kasehsayang yang keluarga anda berikan. Anda tidak kasihankan pada ibu&ayah anda? tidak kasihankah pada adik2 anda?

Jika anda mempunyai masalah dengan keluarga sekalipun, berbincanglah dengan baik. Mereka mungkin marah tetapi itu tanda mereka sayangkan saudari. Bertaubatlah dan mohon ampun&maaf pada kedua ibubapa anda dan adik2 anda. Jangan lupa untuk mohon maaf juga pada seluruh rakyat Malaysia.

Monday, March 12, 2012

Luahan Bakal Ayah


Assalamualaikum. Malam ni ana berasa sangat terkejut+marah+geram+sedeyh+kasihan bilamana ana terdengar berita yang mengatakan adik Dirang yang hilang telah menemui penciptaNya. Dia ditemui dalam keadaan yang amat sadis+menyayat hati. Semoga roh allahyarham dicucuri dan dilimpahi rahmatNya.

Apa yang membuatkan ana terkilan dan sedeyh ialah bagaimana adik tersebut boleh hilang. Kalian semua tentu sudah tahu bukan. Kerna ibunya yang leka dengan laman sosial. Bukan ana ingin blame 100% atas kecuaian ibunya, tetapi apa yang ana nak kongsi bagaimana sikap lalai dan leka dengan laman sosial hingga menyebabkan kehilangan anak permata hati. Berapa banyak kes yang kita dengar tentang akibat kelalaian ataupun addict dengan laman sosial ini. Berapa banyak nyawa yang telah melayang.

Bukanlah bermaksud yang laman sosial ni banyak keburukan tetapi jika sikap lepas tangan atau leka sehingga mengabaikan anak, apa kebaikan yang ada padanya? Setiap apa yang kita lakukan perlu ada limitation. Dalam mengerjakan ibadah pun ada limitnya. Kita tidak diperintah untuk solat 24jam sehari, puasa tanpa berbuka, duduk di masjid 24/7. Jadi, jika dalam soal ibadah pun ada hadnya, mengapa dalam "bersosial" kita tidak meletak had atau limit? Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan ada limitnya, inshaAllah perkara2 sebegini tidak akan berlaku,mudah-mudahan.

Jadi, buat bakal2 ibu moden di luar sana, limitkan masa anda dengan alam maya, perbanyakkan masa kalian dengan berhibur bersama keluarga. Orang dulu2 takde pun laman2 sosial ni tapi mereka bahagia hingga akhir hayat. Gunakan teknologi sebaik mungkin. Dan buat bakal ayah termasuk diri ana sendiri, peliharalah keluarga anda dengan sebaik mungkin. Berikan mereka sepenuh perhatian. Jika anda mampu menghiburkan keluarga anda, mungkin mereka tidak akan cari "hiburan alternatif". Mudah-mudahan, perkara yang berlaku dapat dijadikan iktibar.

Dan buat si pelaku jenayah kejam ini, ana doakan moga diampunkan dosa anda, andai anda sempat bertaubat itupun jika anda seorang muslim. Jika anda bukan seorang muslim, ingatlah, azab yang amat berat menanti anda!
Wallahua'lam.


Al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah Abdullah


by:alif@adeq

Monday, February 27, 2012

Betulkan Niat Dalam Menasihat

Assalamualaikum wbt. Dalam kita memberi nasihat atau dakwah kadang2 kita telah lari dari niat asal. Asalnya mahu mengajak rakan2 berubah atau menambah ilmu pengetahuan tetapi berubah menjadi ayat2 cinta atau alat untuk menarik perhatian wanita2 solehah, wanita2 cantik yang mempunyai ciri2 peribadi muslim sejati, ingin mencari cinta menggunakan kata2 manis dari ayat2 Allah atau hadis2 nabi. Inilah yang menyebabkan nasihat itu tidak lekat dihati.

Dalam memberi nasihat yang pertama kita harus berniatkan kerana Allah SWT. Apa saja perbuatan yang baik yang diniatkan kerana Allah. inshaAllah akan peroleh pahala baginya. Yang kedua ia harus diniatkan untuk diri kita sendiri. Mengapa? kerna kita juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan seharusnya kita membaiki diri kita dahulu disamping sama2 menasihati rakan2 yang lain. Ketiganya barulah diniatkan untuk mengajak rakan2 kita berubah atau sama2 menambah ilmu. Keempat, kita haruslah benar2 faham akan maksud sesuatu hadis atau apa sahaja bentuk ilmu. Ini kerana, jika kita sendiri tidak faham, bagaimana mahu menerangkan kepada orang lain?

Jika niat kita mahu menarik perhatian wanita supaya jatuh hati akan kata2 manis, kata2 dakwah yang bersifat islamik, ternyata kita telah lari dari niat asal iaitu kerana Allah SWT. Ana menulis perkara ini kerna ana lihat ramai lelaki2 yang menggunakan hadis2 atau kalamullah untuk menarik wanita solehah supaya jatuh hati pada kita. Ada juga hadis2 yang diberi itu merupakan hadis dhaif atau tidak tahu kesahihannya.

Harus diingat bahawa maksud(translate) dan tafsiran merupakan dua perkara yang berbeza. Kita tahu maksud dalam bahasa melayu tetapi kita tidak tahu menafsirkannya dengan lebih luas lagi. Sedangkan Surah Al-Fatihah yang mempunyai hanya 7 ayat itu pun mempunyai huraian atau tafsiran yang panjang. Ana juga terkedu apabila pernah membaca komen "kenapa 2 org je yg like sedangkan dlm group ni ada beratus orang?", ini jelas menunjukan bahawa 'posting' itu hanya untuk mendapat like sahaja. Ingatlah, jika niat kita salah apa yang kita sampaikan tidak akan membawa erti apa pun pada pembaca. Wallahua'lam.

by: alif@adeq

Sunday, February 26, 2012

Takut Kepada Allah SWT

Assalamualaikum. Alhamdulillah ana masih berkesempatan untuk menulis lagi. Kali ini ana nak tulis atau berkongsi tentang perihal ‘takut’. Lebih detail lagi, takut kepada Allah. Perasaan takutkan Allah adalah sifat utama yang ada dalam jiwa setiap mukmin. Setiap orang yang beriman, pasti akan takut kepada Penciptanya yakni Allah SWT.

Perasaan takut dapat menguatkan teras2 keimanan yang ada dalam diri kita. Jika kita takut akan Allah, akan lahirlah dalam diri kita suatu tenaga atau semangat yang menggerakkan kita untuk beramal ibadat dan berbakti ke jalan Allah. Apa yang kita lakukan semata-mata kerna patuh akan perintah Allah dan Rasul.

Antara sifat-sifat orang yang bertakwa adalah takut akan Allah. Saidina Ali Karamallahu wajhah ada mengatakan bahawa;

“Takwa itu ialah orang yang takut kepada Allah yang Maha Agung, mereka bersyukur akan nikmat Allah walaupun sedikit, beramal mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan setiap saat bersedia menemui Tuhannya.”

Takut kepada Allah tidaklah seperti kita takut akan binatang2 buas, hantu, kisah2 seram, tetapi, takutkan Allah adalah takut melakukan kesalah di hadapan Allah kerna Dialah Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Oleh itu kita berasa malu terhadap Allah dan kita perlulah sentiasa memelihara diri agar tidak derhaka akan segala perintah dan laranganNya.

Oleh itu, orang yang takut kepada Allah adalah mereka yang sentiasa melakukan ibadat khusus dan ibadat umum. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya menjalankan apa sahaja yang diperintahkan oleh Al-Khaliq dengan hati yang penuh tawadu’ dan menjalankan apa yang diperintah seolah2 Allah ada di hadapan kita atau tahu bahawa Allah sedang melihat segala perbuatan kita.