WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Wednesday, December 11, 2013

Sunnah Itu Indah

Assalamualaikum. Posting hari ni berkenaan dgn sunnah. Tapi ana takdela nk cerita secara menyeluruh tentang sunnah Rasulullah SAW. Melakukan apa yg dilakukan oleh Rasulullah merupakan perkara yg amat mulia. Namun ada sesetengah org mengamalkan sunnah tetapi dlm masa yg sama membuat org sekeliling berasa kurang selesa. Antaranya ialah memakai wangi wangian bg kaum adam. Sunnah bg kaum adam memakai minyak wangi tetapi bukanlah wangian yg terlalu kuat hingga menimbulkan rasa tidak selesa pada org sekeliling. Rasulullah memakai wangian yg sudah tentu harum dan lembut baunya yg membuatkan para sahabat berasa senang bersama baginda. Namun ada dikalangan kita yg apabila ditegur tentang wangian yg keras baunya lalu dia mengatakan ini adalah sunnah. Persoalannya, adakah sunnah Rasul itu merupakan sunnah yg menganggu org lain? Sudah tentulah sunnah baginda Rasul itu memberi keselesaan bg org lain.
Seperkara lagi adalah tentang janggut. Menyimpan janggut itu adalah sunnah dan mencukur kumis itu juga sunnah. Dalam hal ini sudah tentu janggut baginda Rasul dijaga dgn rapi dan kelihatan kemas. Bagi org kita pula, ada diantara mereka yg menyimpan janggut tetapi tak mencukur misai dan tidak merapikanya dgn kemas. Bila ditegur, jawapnya adalah 'ini sunnah Rasul'. Apakah Rasululllah membiarkan janggutnya kusut masai? Sudah tentu tidak!
Jadi, janganlah kita meletakan kesalahan kita atas nama sunnah. Sunnah itu indah. Wassalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, December 8, 2013

Roti banjir vs Pengurusan banjir

Assalamualaikum. Isu kali ni berkenaan dengan pengurusan banjir di malaysia. Menteri kata malaysia adalah negara yg mempunyai pengurusan banjir paling baik di dunia la kot. Gile ko! Paling baik kot! Tapi tu menteri kata. Kalau ikut menteri mmg semua yg kerajaan buat mmg bagus2 belaka, takda cacat cela, takda yg buruk. Tapi rakyat sekarang bkn mcm rakyat zmn jepun! Rakyat sekarang dah pandai n tahu menilai mana baik mana buruk. Rakyat dah pandai compare antara malaysia n negara lain. Bukan compare dgn negara maju pun, thailand je cukup dah. Setiap keluarga mangsa banjir dibekalkan dgn khemah utk lebih keselesaan. Kalau panas dijadikan alasan utk tidak menyediakan khemah, apa di thailand suhunya sama seperti di russia? Rakyat xperlu aircond musim2 hujan cenggini bang oiii. Mohon menteri2 kita study lebih sikit n jgn anggap rakyat bodoh mcm korang!

Wednesday, September 18, 2013

2 Kupang

Assalamualaikum. Kali ni aku nak guna bahasa agak kasar sikit. Maaf andai ianya kelihatan melampau. Isu ni dah lama, dekat 2 minggu dah. Aku tak sempat nak 'cover' pasal isu ni. Rasa malas pun ada tapi disebabkan 2-3 kerat makhluk yang tak paham atau taknak paham apa itu erti susah, so aku 'cover' gak isu ni. Isu minyak naik 20sen. Dengar macam sikit, 20sen je naik, tapi kesannya terhadap rakyat marhaen yang sememangnya susah, miskin, amatlah besar. Aku sebagai pelajar pun terkesan dengan kenaikan ni. Dulu aku isi RM10 tahan seminggu minyak dalam CLK aku tu, sekarang tak sampai 3 hari dah kurang. So, aku terpaksa isi 2 kali dalam seminggu. nasib baik dekat je 'U' dengan rumah sewa aku.

Tapi ada makhluk ni, tak paham apa itu kenaikan, apa itu bebanan, apa itu kepayahan. Hidup dia takde la senang mana. Tapi boleh cakap "naik 20sen pun kecoh, mcm mana nak capai wawasan 2020 kalau naik 20sen pun dah bising". Wooww! Pemikiran dia memang tahap 'GOD OF MACAI' (maaf atas penggunaan bahasa kasar, geram sangat dah nih!!). Dalam malaysia ni, bukan semua orang ade pendapatan 2-3K sebulan. Kalau dekat kawasan lembah klang, 2-3K dianggap rakyat miskin. Dengan kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan juga akan naik. Memang nak buat kueh tak memerlukan petrol, tapi kos pengangkutan untuk beli barang mentah yang diambil kira. Takan nak pergi beli barang2 dekat kedai makan naik basikal? Akai ada ka?!! (suruh mengaji tinggi2 taknak).

Boleh pulak dia cakap nanti kerajaan akan bagi BRIM untuk cover duit petrol. Dia ingat duit BRIM tu untuk isi petrol je ke? Cukup pulak nak beli barang keperluan dengan duit tu? Pemikiran tahap bangang abadi, menteri dia pun sama! Aku akan bagi contoh pengiraan:
1liter=2.10
sehari guna 1liter x 5 hari = 5liter
5 x 2.10 = 10.50
10.50 x 4 minggu = 42
42 x 12 = 504
So, penggunaan petrol setahun bersamaan dengan RM504. Itu kalau sehari guna seliter. Persoalannya, adakah sehari kita hanya guna 1liter petrol saja? If jarak rumah ke tempat kerja 20-30km, apakah cukup dengan isi 1liter petrol? Kepada mereka2 yang maseh tak paham2, better pergi sambung study lagi. Pemikiran tahap UPSR!! Maybe rendah lagi.

Sampai sini jela kot aku tulis. Lepas ni isu tol pulak aku nak 'cover'. Wassalam.


Monday, June 17, 2013

UTAMA

Assalamualaikum. Entri kali ni berkenaan dengan keutamaan antara keluarga dan pelajaran. Bukan apa, ana kadang2 terpikir jugak kenapa student2 lebih pentingkan test, kuiz, exam, assignment daripada keluarga mereka sendiri. Adik nak menikah, tak balik sebab minggu depan ada test. Kakak nak kahwin, tak dapat balik sebab 3 minggu lagi nak exam. Bila cuti midterm, taknak balik sebab duduk kat rumah takde buat apa pun. Mengapa jadi sebegini rupa? Why?!

Adik beradik kita menikah, bersanding bukannya selalu, bukannya tiap tahun diorang nak kahwin. Kenapa kita lebih pentingkan assignment, test, dll daripada melihat saat2 manis, bahagia yang bukan datang hari2? Alasannya, takut fail test, takut tak sempat siap asement, dsb. Ini adalah alasan orang2 yang pentingkan diri sendiri. Satu lagi alasan 'takbolehblah' ialah "aq xnk balik sebab aq xnk rekod xponteng klas aq rosak". What!!! Sebenarnya bukan sebab kita nak tengok adik beradik kita kahwin, tapi semangat kekeluargaan yang menjadi keutamaan.

Satu lagi berkenaan 'taknak balik sebab kalau balik pun takde buat apa/takde orang'. Kita balik kg sebab kita ada kerja or nak tengok mak ayah kita? Kita balik sebab nak jumpa kawan or jumpa mak ayah kita? Kita balik sebab nak jumpa bf/gf or mak ayah kita? Selagi mak ayah kita hidup, selagi itulah kita harus berbakti kepada mereka. Kalau kita fail exam, kita boleh repeat sampai 4 kali (termasuk rayuan). Tapi kalau mak ayah kita dah takde, boleh kita mintak Allah repeat/rewind masa kita? "Ya Allah, aku mohon ulang semula masaku sebab aku gagal berbakti pada orang tua ku"-boleh kita berdoa mcm ni? yang paling penting, adakah Allah akan makbulkan doa kita? Yang hidup pasti akan mati, tapi yang mati takan hidup kembali ke dunia sehinggalah tibanya Hari Kebangkitan. Fikir2kan wahai saudaraku sekalian. Utamakan yang paling utama. Wallahua'lam.

Friday, May 24, 2013

APA LAGI YANG CI_TA MAHU

Assalamualaikum. Hari ni ana nk posting tentang CINTA. Cewah, jiwang plak kali ni punye posting. Tapi jangan terlalu cepat terjun pada konklusi. Kali ni pendek je ana nak tulis, kalau tidak mahu terus hanyut dengan cinta dunia, maka jangan terlalu difikirkan tentang itu. Sifirnya mudah, kita tidak mahu bercinta atau couple, tapi kita selalu membaca, menonton, mendengar lagu atau muzik, update status, dll tentang cinta. Perasaan ingin dicintai itu tak salah. Ianya merupakan satu fitrah. Namun kita harus bijak untuk mengawal perasaan tersebut. Bila kita selalu membayangkan manisnya bercinta, maka akan hadir satu perasaan yang mendorong kita untuk melakukan sesuatu yang mungkin menjerumuskan kita ke lembah maksiat. Iaitulah perasaan NAFSU. 

Bila kita tengok filem2 cinta, maka akan terdetik dihati "alangkah bahagianya bila bercinta", "sweetnye pasangan dlm cerita ni", "untung dpt lelaki mcm ni", maka nafsu akan memainkan peranan untuk menambah perasa tambahan dalam imaginasi kita. Lantas kita seolah2 mahukan cinta(couple) tanpa memikirkan apa keperluannya pada kita. Hal ini sering berlaku pada wanita, tidak kurang juga lelaki tapi sedikit jumlahnya. Jangan jadi insan yang begitu terdesak mahukan cinta. Apa tidak cukup cinta dari ALLAH? Apa lagi yang kita mahu?

Seharusnya kita mempersiapkan diri dengan ilmu bagaimana mahu mendapatkan cinta Ilahi. Ya benar, "nak makan pun kene suap" tapi jangan lupa bahawa "nasi yg dalam mulut pun boleh terkeluar" jika tidak berhati2 dan berilmu. Bila apa yang diharapkan tidak menjadi, maka kita kecewa lantas menyalahkan itu ini begitu begini. Ini yang dinamakan tidak berilmu dalam mencari cinta. Bagi ana, jangan hanya memikirkan kebahagiaan dunia semata, berpasangan bukan satu2nya tiket kebahagiaan dunia&akhirat. Banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan untuk kesyurga. Salah satunya, meraikan rakan2 anda. Ana akan sambung posting ini tentang apa yang dimaksudkan dengan meraikan sahabt. Akhir kata, awal tak kata apa2 :p.

Wednesday, April 24, 2013

KERAJAAN = PARTI..??

Assalamualaikum. Posting ana untuk kali ini juga berkenaan politik. Almaklumlah musim2 pilihanraya ni, semuanya tentang politik. Apa yang termampu, ana akan cuba bantu. Kali ini perihal kerajaan=parti. Ramai makcik2 yang kat luar sana tak dapat bezakan lagi antara kerajaan & parti. Di Malaysia, kita mengamalkan sistem demokrasi yakni sistem 2 parti yang mana parti yang menang majoriti mudah pada PRU akan menjadi kerajaan yang memerintah negara. Tidak kiralah parti apa pun, bila menang PRU mereka akan menjadi kerajaan. Dan tanggungjawab kerajaan bukan hanya kepada penyokong parti tetapi melibatkan keseluruhan rakyat di negara ini. Ramai yang keliru akan perkara ini terutamanya makcik2 pakcik2 yang di rumah mereka hanya ada channel 1,2,&3 shj.

Jika kita pergi ke China, sebuah negara yang berfahaman komunis. Adakah di negara mereka tiada sekolah, jalanraya, hospital, universiti, pasaraya, klinik, perumahan dsb? Adakah di sana 'Cap Dacing' yang perintah? Kita lihat negara israel laknatullah pula. Adakah di sana juga tiada pembangunan? Apakah 'Cap Dacing' juga yang menjadi kerajaan di sana? Ada makcik yang marah bila kita bangkitkan persoalan ini. "Jangan datang sekolah, jangan pijak hospital, ini semua kerajaan yang buat". Kemain marah lagi makcik tu. So, kita jawab dekat makcik ni, "lek lu makcik, semua fasiliti ni mmg menjadi tanggungjawab kerajaan hatta kerajaan israel sekali pun, kalau makcik ckp mcm ni, so makcik x boleh datang Mekah sbb fasiliti kat sana bukan dacing yang buat".

Kalau kita beranggapan yang kerajaan = parti, so, dalam kertas undi haruslah tercatat kerajaan Malaysia vs kerajaan Bulan. Bila kerajaan Malaysia kalah, kenalah tukar nama negara baru menjadi Negara Bulan sebab Malaysia dah tak jadi kerajaan. Tetapi itu takkan terjadi sebabnya walau parti apa pun yang menang nama Malaysia tetap Malaysia. Dan menjadi kewajipan kerajaan yang memerintah untuk menyediakan kemudahan kepada rakyatnya.

p/s: kerajaan perak vs kerajaan johor di johor>kerajaan perak menang>ada 2 kerajaan perak di Malaysia? fikirkan :)

Monday, April 22, 2013

PRU 13 - JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI

Assalamualaikum wbt. Tajuk ana kali ini sudah tentu mengenai PRU13 yg akan berlangsung pada 5/5/13. Inshaa Alla, ana akan turun untuk sama2 membuat perubahan. Apa yang ana mahu highlight-kn ialah mengenai kewajiban mengundi dan kepentingan mengundi. Ada di antara rakan2 ana yang begitu bersemangat untuk turun mengundi pada pru kali ini. Tak kurang juga yang mengambil sikap tidak mahu masuk campur dalam politik tanah air. Harus diingatkan bahawa undian kita bukanlah hanya semata2 kerana parti yang bertanding tetapi ia lebih kepada kredibiliti calon sama ada mereka itu kuat dan amanah atau sebaliknya. 

Kuat disini bukanlah bererti sihat tubuh badan, gagah perkasa dsb, tetapi seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang. Misalnya, untuk menjadi ketua jurutera, haruslah dilantik orang yang mahir dalam bidang kejuruteraan bukannya dilantik seorang petani. Kita tidak mahu ia menjadi seperti tikus membaiki labu, labu tak dibaiki tapi habis dimamah tikus. Namun yang paling berat bagi seorang pemimpin adalah amanah. Kegagalan itu lumrah. Namun kegagalan tanpa percubaan dan usaha2 kearah percubaan, maka ia dianggap tidak amanah terhadap tanggungjawab yang telah diberi. Ada pula yang berat sebelah dan hanya mementingkan kroni2 sendiri. Maka semua ini akan disoal di hadapan Ketua Segala Pemimpin di akhirat kelak.

Itu dari segi pemilihan pemimpin. Seterusnya yang ana lihat mereka yang tidak mahu mengundi ini adalah mereka yang tidak peduli tentang orang lain. Mereka ini hanya mementingkan diri mereka sahaja. Alasan yang selalu diberikan seperti sibuk, banyak kerja, banyak assignment, takde masa, takde cuti, cuti tak panjang dsb. Ini adalah alasan orang yang MALAS. Tapi ada pula masa untuk aktiviti2 lagha. Ada juga yang kata "undi ni skali je pun, kempen bagai nak rak, buang masa korang je g konvoi, g ceramah, buat semak jalan je, bendera bersepah, bla bla bla.." Ini adalah kata2 orang yang paling selfish antara selfisher2 seluruh dunia. 

Bagi rakan2 seperti ini, ana nasihatkan supaya jangan hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja, fikirkan juga tentang orang lain. Apa sahaja yang kita buat, akan dipersoal diakhirat kelak. Kenapa kita tidak mahu membantu perjuangkan hak2 orang yg dizalimi? Kenapa kita tidak mahu bantu untuk menegakkan syiar Islam? Kenapa tidak mahu bantu untuk menghapuskan atau sekurang2nya mengurang maksiat dari terus berleluasa?

p/s: INI KALILAH, UBAH!!!

Thursday, February 7, 2013

Mencari Yang Halal Itu Wajib

Assalamualaikum wbt. Kali ni ana mahu berkongsi pendapat dengan kalian perihal mencari yang halal. Namun bukan mencari produk atau makanan halal yang ana ingin kongsi, tetapi tentang pasangan jodoh. "Eh. jodoh pun kene ade cop halal ke?" Sudah tentu dalam mencari jodoh perlu menggunakan saluran atau jalan yang halal. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).


“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273).

Persoalannya, adakah halal itu hanya perlu pada barangan harian dan makanan sahaja? Semestinya tidak! Segala aspek dalam kehidupan kita perlu ada konsep halal-haramnya. Bagaimana yang dikatakan mencari jodoh cara haram? Tentunya dengan cara2 yang dimurka Allah seperti yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini. Bercinta tak tentu hala, keluar berpegangan tangan, berpelukan, tidak meminta izin wali sebelum berkenalan dan macam2 lagi perkara yang mendatangkan murka Allah. Jika cara kita mendapatkan atau bertemu jodoh dengan jalan2 seperti ini, adakah perkahwinan kita nanti merupakan perkahwinan yang mendapat barokah dari Allah SWT? Jika sudah berlaku, makan pohonlah keampunan dari Allah SWT, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang, in shaa' Allah.

Bagaimana pula cara yang halal? Sudah tentu cara yang berlawanan dengan cara di atas. Contoh seperti, meminta izin wali untuk berkenalan, tidak keluar berduaan, tidak sering berhubung tanpa ada sebab musabab yang penting dan lain2. Semestinya, perkahwinan yang diperoleh merupakan perkahwinan yang dirahmati dan diredhai Allah, in shaa' Allah.

Carilah yang halal, sesungguhnya ia dituntut oleh Islam. Jangan kerana nafsu, kita menderhaka kepada pencipta kita, Allah SWT. Wallahua'lam.

Wednesday, January 2, 2013

TAHUN BARU AZAM BARU TABIAT LAMA

Assalamualaikum dan selamat tahun baru ana ucapkan. Isu yang ana nak ketengahkan kali ni ialah perkara yang sering berlaku setiap kali tahun baru; AZAM. Kenapa setiap kali masuk tahun baru kita perlu letak azam? Sebagai pelajar, azam yang sering dibuat; contoh: nak dapat dekan, nak siapkan assignment awal, taknak tangguh kerja, et cetera. Kalau sudah bekerja lain pula azamnya, yang maseh bujang dengan azam tersendiri. Persoalannya, mengapa perlu tukar azam setiap kali berubah tahun?


Adakah azam tahun2 sebelum ini sudah tercapai atau maseh belum terlaksana? Kalau sudah tercapai, ALHAMDULILLAH ana ucapkan. Kalau belum, mengapa perlu ditambah lagi? Ana umpamakan azam seperti makanan. Makanan untuk tengahari maseh ada tapi mengapa perlu dimasak makanan lain untuk makan malam? Mengapa tidak dihangatkan saja makanan tersebut? Sama juga seperti azam. Tidak perlu meletakkan azam baru, hanya perlu diperbaiki mana2 kelemahan dalam mencapai azam yang kita 'set'kan' sebelum2 ini.


Contoh, azam 2012 kita tak mahu tangguh2kan kerja dan siapkan assignment sebelum 'due date'. Tapi sampai 2013 kita maseh tak dapat laksanakan. Kemudian kita 'set' pula azam baru nak dapat 'dean list' untuk semester tahun tu. Bukankah ini menambah beban namanya? Sepatutnya kita periksa di mana kelemahan untuk azam 2012. Kenapa kita sukar siapkan kerja sebelum 'due date' dan buat kerja 'last minute'? Selepas kenalpasti barulah kita 'set' azam untuk 2013; baiki azam 2012.

Tidak salah untuk letak banyak 'target' tapi haruslah ukur baju di badan sendiri. Perubahan itu tidak berlaku dengan 'drastik' tetapi dilakukan 'step-by-step'. Kemudian haruslah ada proses 'evaluation' supaya kita tahu apa yang kurang dan apa yang sudah dicapai. Moga berjaya mencapai azam 2013! Wallahualam.

by: alif@adeq