WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Tuesday, September 14, 2010

Hari Kemenangan

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya kepada semua musilimin dan muslimat. Hari raya merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Jika kita tewas bermakna tiada maknalah lebaran kita. Apa yang diertikan dengan tewas? Tewas kerana kita tidak menjaga adab di bulan Ramadhan. Kita tidak berpuasa, tidak menjaga mata, mulut, hati dan lidah kita dari melakukan perkara2 yang kurang sopan. Ada juga yang mungkar. Tetapi peliknya, golongan inilah yang beraya sakan, seolah-olah mendapat satu kemenangan yang besar. Diraikannya Aidilfitri dengan boros, berbelanja besar dalam menganjurkan rumah terbuka, dan sebagainya. Inilah golongan yang tidak malu pada janji Allah. Wallahualam.