WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Friday, May 6, 2011

Adat Bersahabat






Assalamualaikum. Lama benar aq tak menconteng sepatah dua perkataan di sini. Almaklumlah, semester akhir ni banyak benar tugas yang perlu diselesaikan. Setelah 3 tahun aq merantau mencari dan menuntut ilmu akhirnya tamatlah sudah pengajian ku di negeri maju 2010, Melaka kononnya. Tahun 2008, hati ini berat benar mahu meninggalkan keluarga. Maklumlah tidak pernah ku tinggalkan mereka untuk tempoh yang lama. Kini, hati ini berat pula mahu meninggalkan rakan2 seperjuangan. Walaupun hanya 3 tahun namun terasa begitu lama bersama mereka. Perjuangan bersama-sama menempuh ranjau yang penuh berduri tidak mungkin dilupakan. Adat bersahabat, hari ini bertemu, esok berpisah.
Tidak akan ku lupakan pertemuan kita walaupun hanya sedetik.