WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Monday, February 27, 2012

Betulkan Niat Dalam Menasihat

Assalamualaikum wbt. Dalam kita memberi nasihat atau dakwah kadang2 kita telah lari dari niat asal. Asalnya mahu mengajak rakan2 berubah atau menambah ilmu pengetahuan tetapi berubah menjadi ayat2 cinta atau alat untuk menarik perhatian wanita2 solehah, wanita2 cantik yang mempunyai ciri2 peribadi muslim sejati, ingin mencari cinta menggunakan kata2 manis dari ayat2 Allah atau hadis2 nabi. Inilah yang menyebabkan nasihat itu tidak lekat dihati.

Dalam memberi nasihat yang pertama kita harus berniatkan kerana Allah SWT. Apa saja perbuatan yang baik yang diniatkan kerana Allah. inshaAllah akan peroleh pahala baginya. Yang kedua ia harus diniatkan untuk diri kita sendiri. Mengapa? kerna kita juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dan seharusnya kita membaiki diri kita dahulu disamping sama2 menasihati rakan2 yang lain. Ketiganya barulah diniatkan untuk mengajak rakan2 kita berubah atau sama2 menambah ilmu. Keempat, kita haruslah benar2 faham akan maksud sesuatu hadis atau apa sahaja bentuk ilmu. Ini kerana, jika kita sendiri tidak faham, bagaimana mahu menerangkan kepada orang lain?

Jika niat kita mahu menarik perhatian wanita supaya jatuh hati akan kata2 manis, kata2 dakwah yang bersifat islamik, ternyata kita telah lari dari niat asal iaitu kerana Allah SWT. Ana menulis perkara ini kerna ana lihat ramai lelaki2 yang menggunakan hadis2 atau kalamullah untuk menarik wanita solehah supaya jatuh hati pada kita. Ada juga hadis2 yang diberi itu merupakan hadis dhaif atau tidak tahu kesahihannya.

Harus diingat bahawa maksud(translate) dan tafsiran merupakan dua perkara yang berbeza. Kita tahu maksud dalam bahasa melayu tetapi kita tidak tahu menafsirkannya dengan lebih luas lagi. Sedangkan Surah Al-Fatihah yang mempunyai hanya 7 ayat itu pun mempunyai huraian atau tafsiran yang panjang. Ana juga terkedu apabila pernah membaca komen "kenapa 2 org je yg like sedangkan dlm group ni ada beratus orang?", ini jelas menunjukan bahawa 'posting' itu hanya untuk mendapat like sahaja. Ingatlah, jika niat kita salah apa yang kita sampaikan tidak akan membawa erti apa pun pada pembaca. Wallahua'lam.

by: alif@adeq

Sunday, February 26, 2012

Takut Kepada Allah SWT

Assalamualaikum. Alhamdulillah ana masih berkesempatan untuk menulis lagi. Kali ini ana nak tulis atau berkongsi tentang perihal ‘takut’. Lebih detail lagi, takut kepada Allah. Perasaan takutkan Allah adalah sifat utama yang ada dalam jiwa setiap mukmin. Setiap orang yang beriman, pasti akan takut kepada Penciptanya yakni Allah SWT.

Perasaan takut dapat menguatkan teras2 keimanan yang ada dalam diri kita. Jika kita takut akan Allah, akan lahirlah dalam diri kita suatu tenaga atau semangat yang menggerakkan kita untuk beramal ibadat dan berbakti ke jalan Allah. Apa yang kita lakukan semata-mata kerna patuh akan perintah Allah dan Rasul.

Antara sifat-sifat orang yang bertakwa adalah takut akan Allah. Saidina Ali Karamallahu wajhah ada mengatakan bahawa;

“Takwa itu ialah orang yang takut kepada Allah yang Maha Agung, mereka bersyukur akan nikmat Allah walaupun sedikit, beramal mengikut apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan setiap saat bersedia menemui Tuhannya.”

Takut kepada Allah tidaklah seperti kita takut akan binatang2 buas, hantu, kisah2 seram, tetapi, takutkan Allah adalah takut melakukan kesalah di hadapan Allah kerna Dialah Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mengetahui. Oleh itu kita berasa malu terhadap Allah dan kita perlulah sentiasa memelihara diri agar tidak derhaka akan segala perintah dan laranganNya.

Oleh itu, orang yang takut kepada Allah adalah mereka yang sentiasa melakukan ibadat khusus dan ibadat umum. Sebagai seorang mukmin, kita seharusnya menjalankan apa sahaja yang diperintahkan oleh Al-Khaliq dengan hati yang penuh tawadu’ dan menjalankan apa yang diperintah seolah2 Allah ada di hadapan kita atau tahu bahawa Allah sedang melihat segala perbuatan kita.

Thursday, February 9, 2012

Syurga Neraka - Mana Satu Pilihan Anda

Assalamualaikum dan salam Jumaat. Sepatutnya ana posting tajuk lain tetapi disebabkan ana terbaca status oleh sahabat ana di fb yang mengatakan "syurga neraka Allah yang tentukan, so, jgn sibuk hal orang, jgn sibuk tegur orang buat apa pun, bkn ko yg tentukn syurga or neraka"-lebih kurang begitulah ayatnya. Yes memang betul syurga dan neraka itu perkara ghaib yg perlu diimani oleh setiap insan yang bergelar muslim dan Allah SWT yg menetukan samada kita ke syurga atau neraka.

Tetapi harus kita ingat bahawa yg sebenar2 menetukan kita ke syurga atau neraka adalah amalan dan perbuatan kita sendiri semasa hidup di dunia yg fanaa ini. Ada yg cakap "pelacur bg mkn anjing pun masuk syurga"- the point is, adakah anda seorang pelacur?dan adakah anda tahu kisah sebenar disebalik kisah tersebut? Jika anda tidak benar2 faham akan kisah tersebut, lebih baik anda tidak menggunakannya sebagai alasan kerna "niat tidak menghalalkan cara".

Yes setiap amal baik kita akan dibalas pahala tapi jangan lupa setiap amal mungkar kita juga akan dibalas azab yg amat pedih, nauzubillah!. Tak perlulah ana senaraikan kerna kalian sendiri tahu apa yg kalian lakukan. Setiap amalan kita akan dicatat oleh malaikat dan ingat tak ada satu pun yg akan tertinggal. Mungkin cara teguran itu salah tetapi tidak sepatutnya kita menjadikan alasan syurga neraka Allah yg tentukan dan ingatlah "Allah tidak akn mengubah naseb sesuatu kaum melainkan dia mengubahnya sendiri"-dengan cara berusaha kearah kebaikan.

Maaf jika tulisan ana ini menyinggung sesetengah pihak. Tetapi ini tanggungjawab kita sebagai muslim menegur saudaranya jika ada membuat salah. Ana pun bukan perfect. Ingat kita juga main peranan dlm menentukan samada ke syurga atau neraka. Wallahu'alam.

Wednesday, February 8, 2012

Malu

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi peluang untuk menulis lagi dan kali ni ana nk berkongsi tentang malu. Apa itu malu? Dari segi bahasa, malu ialah perubahan dan pergolakan rasa yang dihadapi oleh seseorang akibat kecelaan atau bimbang berlaku sesuatu kecacatan. Dari segi syarak pula, malu ialah satu sifat terpuji yang mendorong seseorang itu kearah kemajuan dan dan meletakkan seseorang itu di dalam keadaan terpuji dan kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda “malu itu semuanya baik” dan “sifat malu itu tidak membawakan sesuatu kecuali kebaikan”.

Ada yang pernah kata “jangan malu, kalau malu nanti tak dapat apa”. Itu ialah konsep yang salah tentang malu. Apa yang disebut itu ialah sifat penakut. Terdapat perbezaan jelas antara penakut dan pemalu. Penakut ialah merahsiakan apa yang patut diumumkan sementara pemalu menyembunyikan apa yang tidak patut diumumkan. Apa perkara yang patut dan tak patut diumumkan itu? Contoh; jika menegur seseorang melakukan kemungkaran dan mengajak kearah kebaikan, itu ialah perkara yang patut diumumkan atau dilakukan tanpa ada rasa takut. Manakala perbuatan yang dianggap tidak elok atau melakukan kemungkaran dan maksiat misalnya, tidak perlulah diumumkan secara terbuka seperti di laman2 sosial. Contohnya; “mlm tadi lepak ngn kwn2 kt disko”, “jom g club”, “in a relationship with someone”. Ini merupakan contoh2 perkara yang tak perlu dihebohkan. Bila melakukan kebaikan kita malu, tapi bila melakukan kemungkaran kita tidak takut. Sikap ini yang perlu diubah.

Malu juga merupakan salah satu cabang iman. Rasulullah SAW bersabda maksudnya “iman mempunyai enam puluh cabang lebih dan malu satu cabang dari iman”. Hilang malu, rosaklah iman. Ini kerana, malu dapat menghalang atau mengelakkan kita dari melakukan perkara2 mungkar. Ia dapat mencegah kita dari melakukan sebarang kerosakan dan kejahatan.

Jelas di sini, malu merupakan alat pengukur nilai keimanan dan kadar kesopanan kita. Ia merupakan teman rapat bagi iman. Tidak ada iman bagi orang yang tidak malu dan tidak ada malu bagi orang yang tidak beriman. Ana akan sambung topik berkenaan malu di posting yang lain. Sama2 kita tingkat perasaan malu kita dari melakukan sebarang kemungkaran dan kemaksiatan. Wallahu’alam.

Saturday, February 4, 2012

Muhammad SAW

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul. Sempena hari kelahiran Rasululllah SAW, ana mahu berkongsi sedikit tentang baginda Rasul dari mata ana. Bila kita bercakap soal andai Rasulullah masih ada, semua orang mahu mengikut baginda, semua orang mahu menjadi orang yg lebih baik, semua orang malu dengan diri sendiri. Persoalannya, mengapa harus ditunggu Rasulullah bersama kita baru kita mahu berubah? Jika kita seorang muslim yang mengikut ajarannya, tak perlu ditunggu Rasulullah di depan kita baru kita mengikut baginda. Sedangkan Rasulullah telah meninggalkan kita dengan pelbagai ilmu, sunnah baik di dalam al-Quran mahupun hadis2 yang dikumpul oleh para perawi hadis. Rasulullah juga pernah meriwayatkan bahawa kita umat akhir zaman merupakan umat yang terbaik kerana kita melakukan ibadah tanpa adanya Rasulullah di sisi. Kita melakukan ibadah kerna Allah seperti yang diungkapkan oleh sahabat baginda Abu Bakar AsSiddiq "jika kita mengerjakan ibadah kerana Rasulullah, dia telah wafat, tetapi jika kita mengerjakan ibadah kerna Allah, Dia tidak mati dan kekal abadi" (maaf jika ada salah ayat).


Jadikan sunnah rasul yang ditinggalkan baginda sebagai panduan hidup kita. Jika rindukan baginda rasul, berselawatlah. Wallahua'lam.