WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Thursday, February 7, 2013

Mencari Yang Halal Itu Wajib

Assalamualaikum wbt. Kali ni ana mahu berkongsi pendapat dengan kalian perihal mencari yang halal. Namun bukan mencari produk atau makanan halal yang ana ingin kongsi, tetapi tentang pasangan jodoh. "Eh. jodoh pun kene ade cop halal ke?" Sudah tentu dalam mencari jodoh perlu menggunakan saluran atau jalan yang halal. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).


“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273).

Persoalannya, adakah halal itu hanya perlu pada barangan harian dan makanan sahaja? Semestinya tidak! Segala aspek dalam kehidupan kita perlu ada konsep halal-haramnya. Bagaimana yang dikatakan mencari jodoh cara haram? Tentunya dengan cara2 yang dimurka Allah seperti yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini. Bercinta tak tentu hala, keluar berpegangan tangan, berpelukan, tidak meminta izin wali sebelum berkenalan dan macam2 lagi perkara yang mendatangkan murka Allah. Jika cara kita mendapatkan atau bertemu jodoh dengan jalan2 seperti ini, adakah perkahwinan kita nanti merupakan perkahwinan yang mendapat barokah dari Allah SWT? Jika sudah berlaku, makan pohonlah keampunan dari Allah SWT, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang, in shaa' Allah.

Bagaimana pula cara yang halal? Sudah tentu cara yang berlawanan dengan cara di atas. Contoh seperti, meminta izin wali untuk berkenalan, tidak keluar berduaan, tidak sering berhubung tanpa ada sebab musabab yang penting dan lain2. Semestinya, perkahwinan yang diperoleh merupakan perkahwinan yang dirahmati dan diredhai Allah, in shaa' Allah.

Carilah yang halal, sesungguhnya ia dituntut oleh Islam. Jangan kerana nafsu, kita menderhaka kepada pencipta kita, Allah SWT. Wallahua'lam.

Wednesday, January 2, 2013

TAHUN BARU AZAM BARU TABIAT LAMA

Assalamualaikum dan selamat tahun baru ana ucapkan. Isu yang ana nak ketengahkan kali ni ialah perkara yang sering berlaku setiap kali tahun baru; AZAM. Kenapa setiap kali masuk tahun baru kita perlu letak azam? Sebagai pelajar, azam yang sering dibuat; contoh: nak dapat dekan, nak siapkan assignment awal, taknak tangguh kerja, et cetera. Kalau sudah bekerja lain pula azamnya, yang maseh bujang dengan azam tersendiri. Persoalannya, mengapa perlu tukar azam setiap kali berubah tahun?


Adakah azam tahun2 sebelum ini sudah tercapai atau maseh belum terlaksana? Kalau sudah tercapai, ALHAMDULILLAH ana ucapkan. Kalau belum, mengapa perlu ditambah lagi? Ana umpamakan azam seperti makanan. Makanan untuk tengahari maseh ada tapi mengapa perlu dimasak makanan lain untuk makan malam? Mengapa tidak dihangatkan saja makanan tersebut? Sama juga seperti azam. Tidak perlu meletakkan azam baru, hanya perlu diperbaiki mana2 kelemahan dalam mencapai azam yang kita 'set'kan' sebelum2 ini.


Contoh, azam 2012 kita tak mahu tangguh2kan kerja dan siapkan assignment sebelum 'due date'. Tapi sampai 2013 kita maseh tak dapat laksanakan. Kemudian kita 'set' pula azam baru nak dapat 'dean list' untuk semester tahun tu. Bukankah ini menambah beban namanya? Sepatutnya kita periksa di mana kelemahan untuk azam 2012. Kenapa kita sukar siapkan kerja sebelum 'due date' dan buat kerja 'last minute'? Selepas kenalpasti barulah kita 'set' azam untuk 2013; baiki azam 2012.

Tidak salah untuk letak banyak 'target' tapi haruslah ukur baju di badan sendiri. Perubahan itu tidak berlaku dengan 'drastik' tetapi dilakukan 'step-by-step'. Kemudian haruslah ada proses 'evaluation' supaya kita tahu apa yang kurang dan apa yang sudah dicapai. Moga berjaya mencapai azam 2013! Wallahualam.

by: alif@adeq

Saturday, November 10, 2012

Yang Besar Nampak Kecil dan 'Vice-Versa'

Assalamualaikum. Baru2 ni kecoh gara2 seorang artis yang mengeluarkan kata2 yang kononnya menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia. Apa kenyataan beliau, kalian boleh GOOGLE. Apa yang ana mahu persoal di sini ialah bukan tentang kenyataan beliau tetapi hal yang lebih besar daripada itu. Sudah sedia maklum perbuatan menyentuh tangan atau bersentuhan kulit antara bukan muhrim merupakan perbuatan yang haram. Inilah yang harus kita fikirkan bukannya kenyataan beliau yang sesetengah komen ana tengok agak melampau dalam menjatuhkan hukum sehingga ada yang menjatuhkan hukum murtad kepada beliau. Seolah2 kita ni langsung tak pernah buat salah dan 'confirm' masuk syurga. 

Posting ana ni bukanlah untuk 'back-up' beliau tetapi ana tidak mahu perkara yang kecil diperbesarkan namun perkara yang besar dipandang enteng. Kita lihat generasi muda kita sekarang. Keluar berpasang-pasangan, berpegang tangan, berpelukan, kalau naik motor,peluknya sampai boleh memuatkan 16 orang lagi kt atas 'seat'. Yang ini tak nak pula jatuh murtad. Adakah kita 'bias' bila menjatuhkan hukum? Kenyataan beliau itu merupakan satu ayat yang disebut 'sarcasm' atau sarcastic atau bahasa mudahnya, PERLI. Beliau membuat kenyataan memerli stesen A yang tidak menjaga batas2 pergaulan dalam Islam dan memuji stesen B yang menjaga batas2 pergaulan dalam Islam. Di mana ayat yang menunjukkan beliau menghina stesen B? Malahan ana rasa beliau memuji stesen B yang amat menitik beratkan soal maruah sesama Islam. Ini yang seharusnya kita lihat. Namun kebiasaan bagi kita orang Melayu hanya memandang keburukan berbanding kebaikan. Fikir dan renungkan lalu amalkan :)

Tuesday, July 31, 2012

Nikah Muda


Assalamualaikum. Salam Ramadhan Kareem. Isu yang hangat minggu lepas berkenaan dengan pasangan muda yang telah berkahwin. Apa yang ana nak ulas di sini ialah tentang kahwin muda. Pertama kita perlu faham apa itu 'muda'. Ana bahagikan ia kepada 3 kategori. Yang pertama kanak2. Kanak2 juga dikategorikan sebagai muda. Umur kanak2 adalah diantara 0-14 tahun. Yang kedua ialah remaja iaitu berumur diantara 15-24 tahun. Yang ketiga ialah belia iaitu yang berumur diantara 25-40 tahun. Mereka ini dikategorikan sebagai golongan muda. Persoalannya, kategori yang mana layak untuk bernikah?

Dalam Islam memang digalakkan untuk berkahwin awal iaitu pada usia muda. Apabila orang muda berkahwin, maka menangislah syaitan. Ana amat menyokong berkahwin pada usia muda untuk mengelakkan berlakunya maksiat. Namun harus dilihat juga kategori umur yang diklasifikasikan sebagai matang untuk berkahwin. Adakah kanak2 mempunyai fikiran yang matang untuk mengharungi alam rumahtangga? Tidak dinafikan ada kanak2 yang cepat matang tetapi most of them are not matured enough to think wisely. Contohnya, bila ada pertelingkahan, walaupun kecil tetapi disebabkan tidak dapat berfikir secara rasional maka ia akan dianggap besar dan remeh. Sedangkan yang sudah berusia pun maseh tidak dapat berfikir dengan rasional, inikan pula yang maseh kanak2?

Bagi yang sudah remaja, digalakkan berkahwin jika mampu bagi mengelakkan berlakunya perkara2 yang tidak diingini seperti kes2 buang bayi, bunuh diri, rogol, zina dsb. Jika tidak mampu, ibubapa harus memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan anak2 mereka terjebak dengan aktiviti yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Anak2 harus dididik sedari kecil lagi supaya apabila mereka sudah meninggkat remaja, mereka kenal mana baik, mana buruk. Jangan terlampau manjakan anak sehingga mereka menjadi 'raja' di rumah kita.

Ana bukanlah orang yang layak untuk mengulas isu ini cuma ana terpanggil untuk memberi pendapat ana. Walaubagaimanapun ana menyokong perkahwinan diusia muda tetapi bukan usia kanak2. Wallahualam.

Friday, July 27, 2012

Hamba Ramadhan



Assalamualaikum. Salam Jumaat yang dimuliakan. Sering kita lihat pabila datangnya Ramadhan, begitu banyak majlis2 ilmu dijalankan, majlis2 berbuka bersama anak2 yatim, pemberian sumbangan kepada fakir miskin dan sebagainya. Alhamdulillah, majlis2 seperti ini amatlah dituntut dalam Islam dan tahniah diucapkan kepada mereka2 yang mengadakan aktiviti2 tersebut. Namun, pada bulan lain, ana lihat jarang aktiviti2 seumpamanya dijalankan. Ana faham jika kita mengejar berkat dibulan Ramadhan lalu memperbanyakkan amalan2 seperti sedeqah dsb, tetapi lebih baik jika ianya diteruskan pada bulan2 lain.

Ana mendengar seorang ustaz berceramah di mana beliau menyebut "Allah tidak melihat berapa banyak amal yang kita buat tetapi melihat berapa besarnya kesan kepada diri kita". Maksudnya disini jika kita banyak membuat ibadah-kebajikan tetapi kita tidak beramal dengannya dan tidak istiqomah dalam melaksanakannya, lalu apa guna kita memberi makan anak2 yatim pada bulan Ramadhan tetapi pada bulan2 lain kita nak belanja isteri-anak2-keluarga kita makan besar pun payah? Apa guna kita beri bantuan kepada fakir miskin di bulan Ramadhan tetapi nak keluarkan seringgit untuk tabung derma masjid pun terasa berat? Apa guna khatam Quran di bulan Ramadhan tetapi cukup 'penyegan' nak habiskan satu muka Quran di bulan2 lain? Ini menunjukkan yangkita ini hanya menjadi hamba Ramadhan, sedangkan sepatutnya kita menjadi hamba kepada Pemilik Ramadhan itu sendiri yakni Allah SWT.

Jika kita boleh meneruskan amalan2 di bulan Ramadhan pada bulan2 lain, ia menunjukkan yang kita sudah berjaya semasa berada di madrasah Ramadhan. Pahala amalan di bulan Ramadhan itu inshaAllah tetap dapat, namun lebih moleklah andai kita berterusan memperoleh pahala di bulan2 lain juga. Jangan hanya kejar yang banyak, yang sedikit itu juga jika dikumpul lama kelamaan boleh menjadi banyak. Wallahualam, salam Ramadhan.

"Allahumma taqabbal minna! Ya Allah,terimalah ibadah puasa kami sepanjang Ramadhan yang lalu,berilah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah beribadah padaMu,jadikan kami hambaMu bukan hamba Ramadhan.Kurniakn kami taqwa hasil didikan Ramadhan."

Tuesday, July 24, 2012

Kalau Benar Sayang


Assalamualaikum adik2. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Puasa ke tidak hari ni? Jangan ponteng puasa ye, berdosa. Sudah baca komik di atas? Kalau benar cintakan si dia, apa yang kita akan lakukan? Adakah kita akan merosakkan dia atau kita akan pelihara dia seperti kita menjaga nyawa kita sendiri? Jika kita benar sayangkan dia, sudah tentu kita tidak akan sentuh dia walau sedikit pun. Jika kita sayangkan dia, sudah tentu kita tidak akan membiarkan dirinya dipandang oleh mata2 liar di luar sana. Namun apa yang kita lakukan hari ini sebaliknya. Kita bukan saja berpegangan tangan, malah hingga berpelukan ditempat2 awam. Kita bukan menyuruh si dia berpakaian sopan, malah lebih suka si dia berpakaian seksi. Jika hanya sekadar suka2 jangan kita menjalinkan hubungan walaupun hakikatnya bercinta@bercouple itu TIDAK ADA dalam syariat ISLAM!
Ini masalah kita umat Islam pada hari ini. Terlalu sangat mengikut budaya barat. Orang berkekasih, kita juga mahu berkekasih. Tapi adakah orang bercumbuan kita juga mahu bercumbuan? Walaupun keluar berdua-duan itu salah tapi jika mahu juga maka jagalah batas kalian jangan sampai menghampiri ZINA! Apa kita tidak malu dengan ALLAH? Apa kita tidak malu dengan MALAIKAT? Apa kita tidak malu pada RASULULLAH? Terbitkanlah rasa malu walau sedikit pun kerna malu itu sebahagian daripada IMAN. Wallahu'alam.

Thursday, July 19, 2012

Bercuti atau Bersara..?

Assalamualaikum. Esok kita sebagai ummat Islam akan menjalani rukun Islam ke-3 iaitu PUASA. Tak perlu ana terang syarat2 wajib puasa dan sah puasa, dah tentu kalian semua tahu. Namun, ada juga yang buat2 tak tahu. Sedikit sahaja ana ingin sentuh, kenapa perlu bercuti sedangkan kita boleh terus bersara? Maksud ana, kenapa kita perlu tinggalkan sementara dari membuat kemaksiatan pada bulan Ramadhan, sedangkan kita boleh meninggalkan terus perbuatan tersebut?

Kalau kita boleh tinggalkan dalam bulan puasa, kenapa tidak pada bulan2 lain? Renung2 jgk, tapi amalkan la yee :)