WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Monday, January 9, 2012

TA'AWUN


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.



Sunday, January 8, 2012

BEBAS (FREEDOM) - Part 1

Assalamualaikum. Hari ni ana nak conteng sikit berkenaan dengan kebebasan. Kebebasan? Kebebasan untuk apa? Pertama skali tentang kebebasan daripada penjajahan. Seperti kita sedia maklum bahawa negara kita telah dijajah bermula pada tahun 1511 hinggalah 1957. Lama bukan? Namun sedarkah kalian kita masih lagi dijajah oleh mereka, terutama dari barat? "mana pulak, pemimpin kita skang org melayu kot". Ya, negara kita kini dipimpin oleh rakyat kita sendiri, tetapi bukan kebebasan itu yang ana maksudkan. Kita bebas dari segi fizikal tetapi dari konteks mental, pemikiran dan tingkah laku masih lagi dijajah oleh barat. Bagaimana?

Lihat sajalah anak bangsa kita terutama yang tinggal dikawasan bandar atau elit. Lihat saja pakaian mereka. Ana lihat lebih barat drpd org barat itu sendiri sedangkan kita berbangsa melayu dan beragama ISLAM. Mengapa jadi begini? Yang pertama kita lihat dari segi didikan ibubapa itu sendiri. Ya, kita tidak boleh menyalahkan 100% ibubapa dlm hal ini tapi melalui didikan merekalah yang akan menentukan samada kita ke SYURGA atau NERAKA. Saya mendengar ceramah drpd seorang ustaz yg mengatakan kurang lebih bunyinya "jika kita ingin lihat samada anak kita berjaya dididik atau tidak kita lihat adakah mereka mempunyai ciri2 anak yang akan menguruskan jenazah kita bila kita mati nanti.." Jika ibubapa sendiri gagal mendidik anak, jangan pula dipersalahkan pihak lain.

Selain itu, penjajah juga telah meninggalkan kesan yang paling besar iaitu budaya hedonisme. Apa itu hedonisme? ia adalah budaya yang melebihkan hiburan, hiburan yang melampau! Setiap hari kita dimomokan dengan hiburan. Program2 hiburan lebih banyak menghiasi kaca2 TV berbanding program2 dakwah, pendidikan , dll. Sambutan tahun baru juga dipenuhi dengan konsert dan sebagainya. Inilah yang dinamakan HEDONISME!

Sebab itu ana katakan yang kita masih belum bebas sepenuhnya. Fikir2kan.

Saturday, January 7, 2012

FITNAH!!!

Assalamualaikum. Hari ni ana nk tulis pasal fitnah. Ya fitnah. Kita sedia maklum bahawa zaman sekarang merupakan zaman fitnah. Fitnah semakin hari semakin berleluasa. Tanpa ada rasa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah, mereka2 ini terus menabur fitnah. Tidak kiralah dari segi politik atau sebagainya, fitnah tetap dosa besar!

Baru2 ni ana terkejut dengan pendedahan sebuah blog yang mengatakan seorang ustaz yang menjadi fenomena masa kini merupakan seorang agen yahudi! Hanya kerana beliau bermain gitar semasa ceramah. Ana rasa tak sampai 10 minit pun ustaz tersebut 'menggoreng gitar', beliau sudah dicop sebagai agen yahudi! Astaghfirullah. Berat sungguh tuduhan anda. Adakah anda tidak takut akan azab Allah? Atau anda berasa anda lebih tinggi ilmu agamanya. Kalau begitu, siapa guru anda? siapa kiai anda? adakah anda hanya 'copypaste' hadis dpd web JAKIM tanpa anda tahu maksud sebenarnya? Bertaubatlah saudara selagi nyawa dikandung badan!

Bukan itu sahaja! ada juga bloggers yang menyebarkan fitnah kononnya ustaz tersebut pernah ditangkap berkhalwat@berzina. Astaghfirullah. Adakah anda tahu hukum hudud bagi mereka2 yang menuduh seseorang melakukan zina? Owh, mungkin sebab itu kalian menentang keras hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Menentang seolah2 anda bukan seorang muslim!

Ingatlah saudara2ku sekalian. Hidup kita bukan hanya didunia semata. Akhirat, hari pembalasan menanti kita. Wallahu'alam.

Thursday, January 5, 2012

Hiburan Perlu Batasan

Assalamualaikum. Ini tulisan pertama ana pada tahun 2012. Alhamdulillah, ana diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Saban tahun kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan. Ada yang bermanfaat tak kurang juga yang melalaikan. Lepas satu-satu kita dihidangkan dengan drama2 atau filem2 baru. Hari ni habis semua episod, esok terbit pula tajuk baru. Ya, Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi ia perlulah diseimbangkan dengan akhirat. Jangan biarkan hiburan sesuatu yang membuat kita alpa akan tanggungjawab kita pada agama, keluarga, masyarakat dan sebagainya.

Dengan munculnya saluran2 media sosial baru seperti facebook, youtube, dll, lebih mudah bagi kita untuk mengakses kepada dunia hiburan. Jangan jadikan hiburan sebagai salah satu jalan hidup. Jadikan hiburan sebagai medium untuk kita belajar perkara2 yang boleh mendatangkan keinsafan, kesedaran dan rasa bersyukur kita diatas segala nikmat2 yang dikarunia Allah swt. Bagaimana? Kita boleh menonton filem2 yang mengagungkan kebesaran seperti National Geographic, dokumentari2 tentang keindahan alam, sejarah2 para anbia dll. Bukan hanya mendidik malah mampu membuatkan kita mensyukuri nikmatNya.

Akhir kata, sampai bila kita mahu berhibur? Fikir2kan.

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru

Assalamualaikum wbt. Esok kita akan menempuh tahun 2012 untuk kalendar masihi, namun untuk kalendar hijrah kita telah pun melepasi tahun baru. Apa yang ingin dikupaskan di sini adalah tentang azam. Ya, azam baru yang setiap tahun kita senaraikan, namun adakah kita laksanakan?

Setiap insan ada azam yang tersendiri. Ada yang mahu menamatkan zaman bujang, mahu beli rumah, mahu berubah dan ada juga yang mahu bertaubat. Bertaubat? Adakah bertaubat juga dikategorikan sbgai azam? Ya! tetapi ia merupakan azam setiap hari, setiap masa, bukannya setiap tahun. Adakah kita bertaubat setahun sekali? Apakah kita yakin kita tidak melakukan sebarang dosa dalam tempoh 24 jam? Di sini ana ingin tegaskan bahawa bertaubat itu merupakan amalan kita setiap hari. Bagaimana? Adakah kita mahu menunaikan solat hajat setiap masa? Tidak! Hanya dengan beristighfar dan menyedari dosa kita sudah memadai. Ini kerana Islam tidak memberatkan penganutnya untuk kembali ke jalan yang benar. Bersegeralah dalam membuatkan kebaikan kerna kita tidak tahu bila ajal menjemput kita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Seperkara lagi, janganlah dijadikan sambutan tahun baru itu sesuatu yang melalaikan. Sambutlah ia sekadar bergembira bukannya berseronok sehingga kita alpa akan tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa. Jangan jadikan tahun baru sebagai musim "mengawan". Ingatlah, bahawasanya Allah senantiasa melihat segala perbuatan kita. SELAMAT TAHUN BARU.

Monday, December 5, 2011

Hudud - Dipersoal lagi?

Assalamualaikum. Ana cukup terkejut dengan kenyataan beberapa pihak tentang hukum hudud baru2 ni. Bercampur baur perasaan ana, sedeyh,marah,geram,kasihan,dll. Kenapa masih ada yang mempersoal lagi tentang hudud ni? Sudahla tak mahu laksana, disindir pula yang mahu melaksanakannya. Bercakap seolah2 takde agama. Dibincang pula yang bukan beragama Islam yang terang2 tak tau pasal hudud. Sebagai seorang penasihat agama, anda sepatutnya menerangkan kepada orang bukan Islam tentang hudud, bukannya menyokong tidak melaksanakannya. Anda telah menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Adakah anda benar2 faham tentang hudud? Bukan semua jenayah boleh dijatuhkan hukuman hudud. Ia boleh dijatuhkan melalui qisas dan takzir. Dan untuk menjatuhkan sesuatu hukuman bukannya mudah. Contoh dalam jenayah zina, saksi perlu melihat perlakuan zina tersebut iaitu melihat benang masuk kedalam jarum .Atau anda sengaja buat2 tak faham hanya kepentingan periuk nasi anda sahaja?

Ingatlah wahai saudara, hukum Allah itu benar. Suatu hari nanti anda akan menyesal di atas kata2 anda. Bertaubatlah.

Sunday, December 4, 2011

Layakkah Kita..?

Assalamualaikum. Kali ni ana nak tulis tentang kelayakan kita. Kelayakan untuk apa? Kelayakan untuk kita samada ke SYURGA atau NERAKA. Kelayakan dunia sudah banyak kita peroleh; PMR, SPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master , PhD, dll. Jika dengan kelayakan dunia yang kita ada itu sudah memadai untuk kita ke syurga Allah, kita silap. Ilmu dunia jika tidak diseimbangkan dengan ilmu akhirat ia tidak akan bermakna apa2 di mahsyar kelak.

Adakah kita yakin kita akan ke syurga? Adakah amalan yang kita lakukan mencukupi untuk melayakkan kita ke syurga? Imam Shafie sendiri tidak yakin ke syurga. Inikan pula kita, hamba yang cukup banyak mengingakari perintahNya. Jika kita muhasabah diri dan menyenaraikan amalan2 yang kita lakukan, nescaya kita akan mengatakan "aku tak layak ke syurgaMu Ya Allah".

Namun, itu bukan bererti kita harus menyerah begitu sahaja. Berdoalah memohon agar kita berjaya tinggal di syurga Ilahi walaupun kita sedar siapa kita disisiNya. Berusahalah meningkatkan amalan kita. Tinggalkanlah perkara2 yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Segeralah bertaubat atas segala dosa2 kita. Seringan-ringan azab di neraka adalah dipakaikan kasut besi yang panas yang boleh menyebabkan otak kita menggelegak. Sanggupkah kita?

Wallahua'lam.