WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru

Assalamualaikum wbt. Esok kita akan menempuh tahun 2012 untuk kalendar masihi, namun untuk kalendar hijrah kita telah pun melepasi tahun baru. Apa yang ingin dikupaskan di sini adalah tentang azam. Ya, azam baru yang setiap tahun kita senaraikan, namun adakah kita laksanakan?

Setiap insan ada azam yang tersendiri. Ada yang mahu menamatkan zaman bujang, mahu beli rumah, mahu berubah dan ada juga yang mahu bertaubat. Bertaubat? Adakah bertaubat juga dikategorikan sbgai azam? Ya! tetapi ia merupakan azam setiap hari, setiap masa, bukannya setiap tahun. Adakah kita bertaubat setahun sekali? Apakah kita yakin kita tidak melakukan sebarang dosa dalam tempoh 24 jam? Di sini ana ingin tegaskan bahawa bertaubat itu merupakan amalan kita setiap hari. Bagaimana? Adakah kita mahu menunaikan solat hajat setiap masa? Tidak! Hanya dengan beristighfar dan menyedari dosa kita sudah memadai. Ini kerana Islam tidak memberatkan penganutnya untuk kembali ke jalan yang benar. Bersegeralah dalam membuatkan kebaikan kerna kita tidak tahu bila ajal menjemput kita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)

Seperkara lagi, janganlah dijadikan sambutan tahun baru itu sesuatu yang melalaikan. Sambutlah ia sekadar bergembira bukannya berseronok sehingga kita alpa akan tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa. Jangan jadikan tahun baru sebagai musim "mengawan". Ingatlah, bahawasanya Allah senantiasa melihat segala perbuatan kita. SELAMAT TAHUN BARU.

Monday, December 5, 2011

Hudud - Dipersoal lagi?

Assalamualaikum. Ana cukup terkejut dengan kenyataan beberapa pihak tentang hukum hudud baru2 ni. Bercampur baur perasaan ana, sedeyh,marah,geram,kasihan,dll. Kenapa masih ada yang mempersoal lagi tentang hudud ni? Sudahla tak mahu laksana, disindir pula yang mahu melaksanakannya. Bercakap seolah2 takde agama. Dibincang pula yang bukan beragama Islam yang terang2 tak tau pasal hudud. Sebagai seorang penasihat agama, anda sepatutnya menerangkan kepada orang bukan Islam tentang hudud, bukannya menyokong tidak melaksanakannya. Anda telah menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Adakah anda benar2 faham tentang hudud? Bukan semua jenayah boleh dijatuhkan hukuman hudud. Ia boleh dijatuhkan melalui qisas dan takzir. Dan untuk menjatuhkan sesuatu hukuman bukannya mudah. Contoh dalam jenayah zina, saksi perlu melihat perlakuan zina tersebut iaitu melihat benang masuk kedalam jarum .Atau anda sengaja buat2 tak faham hanya kepentingan periuk nasi anda sahaja?

Ingatlah wahai saudara, hukum Allah itu benar. Suatu hari nanti anda akan menyesal di atas kata2 anda. Bertaubatlah.

Sunday, December 4, 2011

Layakkah Kita..?

Assalamualaikum. Kali ni ana nak tulis tentang kelayakan kita. Kelayakan untuk apa? Kelayakan untuk kita samada ke SYURGA atau NERAKA. Kelayakan dunia sudah banyak kita peroleh; PMR, SPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master , PhD, dll. Jika dengan kelayakan dunia yang kita ada itu sudah memadai untuk kita ke syurga Allah, kita silap. Ilmu dunia jika tidak diseimbangkan dengan ilmu akhirat ia tidak akan bermakna apa2 di mahsyar kelak.

Adakah kita yakin kita akan ke syurga? Adakah amalan yang kita lakukan mencukupi untuk melayakkan kita ke syurga? Imam Shafie sendiri tidak yakin ke syurga. Inikan pula kita, hamba yang cukup banyak mengingakari perintahNya. Jika kita muhasabah diri dan menyenaraikan amalan2 yang kita lakukan, nescaya kita akan mengatakan "aku tak layak ke syurgaMu Ya Allah".

Namun, itu bukan bererti kita harus menyerah begitu sahaja. Berdoalah memohon agar kita berjaya tinggal di syurga Ilahi walaupun kita sedar siapa kita disisiNya. Berusahalah meningkatkan amalan kita. Tinggalkanlah perkara2 yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Segeralah bertaubat atas segala dosa2 kita. Seringan-ringan azab di neraka adalah dipakaikan kasut besi yang panas yang boleh menyebabkan otak kita menggelegak. Sanggupkah kita?

Wallahua'lam.

Saturday, November 26, 2011

Hijratul Rasul

Assalamualaikum, salam Hijratul Rasul 1433H. Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menulis pada hari dimana 1 peristiwa yang amat bersejarah dalam dunia Islam. Penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah. Melalui penghijrahan ini juga termetrainya perlembagaan pertam di dunia yang dinamakan Piagam Madinah.

Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan rasa syukur diatas peluang kehidupan yang diberikan kepada ana oleh Allah S.W.T untuk tahun baru ini. Moga tahun baru kali ini memberi kita semua 1 anjakan perubahan, penghijrahan kearah menjadi insan kamil.

SALAM HIJRATUL RASUL 1433H. Ma as salama Wa iLaliqa'.

Friday, November 25, 2011

SEMANGAT!!!


Bila dgr soundtrack untuk filem IP MAN ni, ana rasa betul2 bersemangat. Lagu yang benar2 mampu mambuatkn ana hilang rasa "down". Walaupun hanya sekadar music, tapi ia benar2 menyentuh jiwa.

Thursday, November 24, 2011

Harimau Malaya

Assalamualaikum. Isu kali ini berkenaan dengan bola sepak, sukan yang menyatukan semua masyarakat di dunia. Ana tau takde sape nak baca posting ana tapi ana nak tulis juga atas inisiatif untuk melihat lebih ramai penyokong bola sepak tempatan yang menyokong tak kira menang atau kalah. Itu poin pertama. Most of the rakyat kat M'sia ni ana tengok hanya sokong bila da menang. Yang taktau pasal bola pun sokong gak. Bila kalah macam2 persepsi keluar; da kawen la, kaki pengko, personal problem, gaji, politik pun ade. Ini ke yang dikatakan "penyokong sejati"? Bila kalah macam2 korang hentam.

Sudah2la jadi rakyat M'sia yang hipokrit! Tak kira menang atau kalah kita sepatutnya sentiasa menyokong pasukan kebangsaan kita. Mereka bermain bermati-matian untuk mempertahankan maruah negara. Lagi satu, ketepikan soal perbezaan politik. Tak kesah kaler ape jersi yang dipakai yang penting ia melambangkan identiti negara.

Yang paling mustahak, jangan sewenang2nya mencaci, hina pasukan negara lain. Hanya manusia tak bertamadun saja yang akan berbuat demikian. Akhir kata, "Majulah sukan untuk agama, bangsa dan negara :)"