WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Monday, December 5, 2011

Hudud - Dipersoal lagi?

Assalamualaikum. Ana cukup terkejut dengan kenyataan beberapa pihak tentang hukum hudud baru2 ni. Bercampur baur perasaan ana, sedeyh,marah,geram,kasihan,dll. Kenapa masih ada yang mempersoal lagi tentang hudud ni? Sudahla tak mahu laksana, disindir pula yang mahu melaksanakannya. Bercakap seolah2 takde agama. Dibincang pula yang bukan beragama Islam yang terang2 tak tau pasal hudud. Sebagai seorang penasihat agama, anda sepatutnya menerangkan kepada orang bukan Islam tentang hudud, bukannya menyokong tidak melaksanakannya. Anda telah menjatuhkan martabat Islam itu sendiri.

Adakah anda benar2 faham tentang hudud? Bukan semua jenayah boleh dijatuhkan hukuman hudud. Ia boleh dijatuhkan melalui qisas dan takzir. Dan untuk menjatuhkan sesuatu hukuman bukannya mudah. Contoh dalam jenayah zina, saksi perlu melihat perlakuan zina tersebut iaitu melihat benang masuk kedalam jarum .Atau anda sengaja buat2 tak faham hanya kepentingan periuk nasi anda sahaja?

Ingatlah wahai saudara, hukum Allah itu benar. Suatu hari nanti anda akan menyesal di atas kata2 anda. Bertaubatlah.

Sunday, December 4, 2011

Layakkah Kita..?

Assalamualaikum. Kali ni ana nak tulis tentang kelayakan kita. Kelayakan untuk apa? Kelayakan untuk kita samada ke SYURGA atau NERAKA. Kelayakan dunia sudah banyak kita peroleh; PMR, SPM, Sijil, Diploma, Ijazah, Master , PhD, dll. Jika dengan kelayakan dunia yang kita ada itu sudah memadai untuk kita ke syurga Allah, kita silap. Ilmu dunia jika tidak diseimbangkan dengan ilmu akhirat ia tidak akan bermakna apa2 di mahsyar kelak.

Adakah kita yakin kita akan ke syurga? Adakah amalan yang kita lakukan mencukupi untuk melayakkan kita ke syurga? Imam Shafie sendiri tidak yakin ke syurga. Inikan pula kita, hamba yang cukup banyak mengingakari perintahNya. Jika kita muhasabah diri dan menyenaraikan amalan2 yang kita lakukan, nescaya kita akan mengatakan "aku tak layak ke syurgaMu Ya Allah".

Namun, itu bukan bererti kita harus menyerah begitu sahaja. Berdoalah memohon agar kita berjaya tinggal di syurga Ilahi walaupun kita sedar siapa kita disisiNya. Berusahalah meningkatkan amalan kita. Tinggalkanlah perkara2 yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Segeralah bertaubat atas segala dosa2 kita. Seringan-ringan azab di neraka adalah dipakaikan kasut besi yang panas yang boleh menyebabkan otak kita menggelegak. Sanggupkah kita?

Wallahua'lam.

Saturday, November 26, 2011

Hijratul Rasul

Assalamualaikum, salam Hijratul Rasul 1433H. Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk menulis pada hari dimana 1 peristiwa yang amat bersejarah dalam dunia Islam. Penghijrahan Rasulullah dari kota Mekah ke kota Madinah. Melalui penghijrahan ini juga termetrainya perlembagaan pertam di dunia yang dinamakan Piagam Madinah.

Dikesempatan ini juga ana ingin mengucapkan rasa syukur diatas peluang kehidupan yang diberikan kepada ana oleh Allah S.W.T untuk tahun baru ini. Moga tahun baru kali ini memberi kita semua 1 anjakan perubahan, penghijrahan kearah menjadi insan kamil.

SALAM HIJRATUL RASUL 1433H. Ma as salama Wa iLaliqa'.

Friday, November 25, 2011

SEMANGAT!!!


Bila dgr soundtrack untuk filem IP MAN ni, ana rasa betul2 bersemangat. Lagu yang benar2 mampu mambuatkn ana hilang rasa "down". Walaupun hanya sekadar music, tapi ia benar2 menyentuh jiwa.

Thursday, November 24, 2011

Harimau Malaya

Assalamualaikum. Isu kali ini berkenaan dengan bola sepak, sukan yang menyatukan semua masyarakat di dunia. Ana tau takde sape nak baca posting ana tapi ana nak tulis juga atas inisiatif untuk melihat lebih ramai penyokong bola sepak tempatan yang menyokong tak kira menang atau kalah. Itu poin pertama. Most of the rakyat kat M'sia ni ana tengok hanya sokong bila da menang. Yang taktau pasal bola pun sokong gak. Bila kalah macam2 persepsi keluar; da kawen la, kaki pengko, personal problem, gaji, politik pun ade. Ini ke yang dikatakan "penyokong sejati"? Bila kalah macam2 korang hentam.

Sudah2la jadi rakyat M'sia yang hipokrit! Tak kira menang atau kalah kita sepatutnya sentiasa menyokong pasukan kebangsaan kita. Mereka bermain bermati-matian untuk mempertahankan maruah negara. Lagi satu, ketepikan soal perbezaan politik. Tak kesah kaler ape jersi yang dipakai yang penting ia melambangkan identiti negara.

Yang paling mustahak, jangan sewenang2nya mencaci, hina pasukan negara lain. Hanya manusia tak bertamadun saja yang akan berbuat demikian. Akhir kata, "Majulah sukan untuk agama, bangsa dan negara :)"

Friday, October 21, 2011

Hudud - Tujuan & Mengapa Perlu Gentar

Assalamualaikum. Isu yg nk saya bwk kali ni tntng hukuman hudud. Ye, isu lama yg sering dimainkan pabila menjelang pilihanraya. Saya mahu menyentuh isu tntng hukum hudud dahulu. Hukum Allah yg telah tertulis di dalam Al-Quran sjak berkurun lamanya. Saya mengikuti kelas tentang hbungan etnik baru2 ini dan ustaz yg mengajar saya telah menyentuh isu hudud ini. Beliau mengatakan mengapa masih ramai lg rakyat yg tdk mahu akan hudud ini dan yg lebih mengejutkan masih ramai org melayu-islam kita tdk faham tntng hudud. Bagi mereka yg masih tdk faham tntng hudud ini, saya akan lampirkan penerangan tntng hudud yg smbil ambil dri laman www.al-azim.com. Berikut merupakn lampiran tntng TUJUAN HUDUD tersebut;

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Di sini kita dapat lihat bahawa tujuan hudud adalah untuk menjaga maqasid syariah. Apa yg saya kesal adalah umat Islam sndri yg menolak hukuman hudud ini. Ada yg mengatakan "kalau laksana hudud, habis tgn2 org kena potong", "kalau laksana hudud habis batu2 tepi jalan buat rejam pesalah zina". Kenyataan ini dikeluarkan sndri dri mulut seorang muslim! Bertaubatlah kalian kerana ini sudah dikira menolak hukum Allah sekaligus menolak perintah Allah, maka kalian boleh dikira MURTAD! Hukuman hudud bukanlah utk menghukum tetapi mencegah kita drpd melakukan jenayah seterusnya dosa besar.

Semoga apa yg saya tulis di sini bermanfaat. Wassalam :)