Assalam. Hari ni ana nak hentam pasal program realiti yang baru je malabuhkan tirai. Dah lama gak la tapi malas nak tulis, hari ni baru rasa rajin nak menaip. Bukan nak hentam pasal program tu tapi pasal segelintir penyokong2 "fanatik la sangat"yg terlompat2 mcm beghuk!! kot ye pun nak bagi sokongan tak payah la nak terlompat2 mcm beghuk kena api neraka!! Dah la msing2 tak senonoh ana tengok, msing2 seghupo ponde!! Bukan la semua yang mcm tu tapi majoritinye mcm tu la. Ade gak makcik2 pakcik2 yang turut serta menyanyi bersama anak mereka yang membuat persembahan. Tak tahu hukum ke makcik pakcik? Sedangkan tilawah aq-Quran untuk wanita pun dilarang inikan pula menyanyi. "Sebab pe tak boleh pulak?ank mkcik cari rezeki halal,dia bukan buat benda bukan2" Sebabnya mkcik pkcik, suara wanitakan aurat, lagi la kalau dijadikan hiburan yang melalaikan, mengasyikan.
Insaflah makcik pakcik, beghuk ponde yang terjerit2 terlompat2. Bukan tak boleh berhibur tapi peliharalah kelakuan kita. Nampak sgt nk cari publisiti bagi cameraman shoot aksi korang. Kiamat dah dekat!!
WELCOME TO TWOM SITE
"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.
Monday, June 6, 2011
Friday, May 6, 2011
Adat Bersahabat
Assalamualaikum. Lama benar aq tak menconteng sepatah dua perkataan di sini. Almaklumlah, semester akhir ni banyak benar tugas yang perlu diselesaikan. Setelah 3 tahun aq merantau mencari dan menuntut ilmu akhirnya tamatlah sudah pengajian ku di negeri maju 2010, Melaka kononnya. Tahun 2008, hati ini berat benar mahu meninggalkan keluarga. Maklumlah tidak pernah ku tinggalkan mereka untuk tempoh yang lama. Kini, hati ini berat pula mahu meninggalkan rakan2 seperjuangan. Walaupun hanya 3 tahun namun terasa begitu lama bersama mereka. Perjuangan bersama-sama menempuh ranjau yang penuh berduri tidak mungkin dilupakan. Adat bersahabat, hari ini bertemu, esok berpisah.
Tidak akan ku lupakan pertemuan kita walaupun hanya sedetik.
Thursday, January 13, 2011
Jom ubah
Salam. Kali ni saya nak tulis tentang masalah terlalu ramai pelajar yang gagal dalam final exam di kolej. Setiap semester baru pasti akan ada pelajar yang gagal meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Apa puncanya? Apa yang pasti, mereka ini bukanlah semuanya malas tetapi kurang bernasib baik. Bagi yang sememangnya malas, memang mereka layak menerima kegagalan. Beberapa faktor yang dikesan adlah kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran yg diajar, sama ada terhadap matapelajaran itu sendiri atau terhadap pensyarah yang mengajar. Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam memberi pemahaman kepada para pelajar. Jika pensyarah sendiri sambil lewa semasa mengajar dan sering tidak masuk kelas, ini akan mengganggu tumpuan pelajar. Satu lagi faktor adalah pelajar itu sendiri tidak minat untuk belajar kerana dipaksa oleh ibubapa atau 'kalut' melihat rakan2 masuk kolej atau u. Mereka memilih mana2 kolej asalkan mereka juga dapat masuk dn tidak mahu mendengar leteran ibubapa.
Sama2lah kita mencari penyelesaiannya.
Sama2lah kita mencari penyelesaiannya.
Wednesday, January 5, 2011
Tahun baru, harga pun baru.
Salam 2011. Baru hari ini teman berpeluang utk menulis. Mcm2 crite kite dengor tahun baru ni. Antara yg menarik, rege minyak baru, baik petrol mahupun minyak masak. Paling membebankan udah tentu le 'penyelarasan' rege petrol. Menteri kate x bebankan rakyat. Betul ke? Baru tadi teman terbaca wawancara sebuah akhbar, yg mengatakan rege petrol di Malaysia boleh turun sehingga 30sen seliter! Terkejut teman bacenye. Peliknye knape gomen xturnkan rege minyak, tapi dok naikkan je? Harap2 taun ni rakyat bijak memilih. Selamat berfikir!
Tuesday, September 14, 2010
Hari Kemenangan
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya kepada semua musilimin dan muslimat. Hari raya merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan melawan hawa nafsu. Jika kita tewas bermakna tiada maknalah lebaran kita. Apa yang diertikan dengan tewas? Tewas kerana kita tidak menjaga adab di bulan Ramadhan. Kita tidak berpuasa, tidak menjaga mata, mulut, hati dan lidah kita dari melakukan perkara2 yang kurang sopan. Ada juga yang mungkar. Tetapi peliknya, golongan inilah yang beraya sakan, seolah-olah mendapat satu kemenangan yang besar. Diraikannya Aidilfitri dengan boros, berbelanja besar dalam menganjurkan rumah terbuka, dan sebagainya. Inilah golongan yang tidak malu pada janji Allah. Wallahualam.
Saturday, June 19, 2010
Islam Hanya Pada Nama.
Islam hanya pada nama. Satu isu yang perlu dititikberatkan. Isu yang jika tidak ditangani akan menyebabkan Islam, Ad-Dinn yang suci, menjadi hina. Kita sebagai muslim hanya Islam pada rukunnya sahaja, berpuasa, solat(kadang2), zakat(jarang2), haji(nama shj) tetapi tidak keseluruhan. Adab berpakaian, pergaulan, tingkahlaku, ia tidak dititikberatkan. Mengapa? Adakah kita merasa Islam itu satu beban? Atau kita sudah merasakan yang Islam itu ketinggalan zaman? "Zaman Rasulullah takde skirt, sebab tu diorang tak pakai"..Adakah ini yang difikirkan muslim kini? Jika beginilah keadaanya, maka buang sahaja gelaran Islam kerana fikiran seperti itu hanya menjatuhkan kesucian Islam. Fikir-fikirkanlah. Hidup untuk mencari amal, bukan mencari keseronokan..Wallahualam.
Monday, March 8, 2010
Persatuan syok sendiri.
Apa itu persatuan? Mengikut pemahaman saya ia merupakan satu kelab atau kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai. Apa pula syok sendiri? Ia bermaksud melakukan sesuatu mengikut selera sendiri. Apa pula persatuan syok sendiri? Ia bermaksud persatuan yang membuat atau memutuskan sesuatu perkara tanpa mengambil kira pandangan ahli dan hanya mengambil pandangan kroni sahaja. Inilah yang dikatakan persatuan syok sendiri. Mengapa dibangkitkan isu ini? Saya berasa tidak berpuas hati kerana saya merupakan ahli di dalam persatuan yang baru sahaja ditubuhkan tetapi segala aktiviti atau perkara yang berkaitan dengan persatuan, saya tidak dipanggil untuk turut serta melontarkan pendapat. Alasan mereka, mereka telah menguar-uarkannya melalui "bukumuka". Adakah semua ahli mempunyai "bukumuka"? Adakah mereka mempunyai akses internet untuk kemudahan tersebut? Memang zaman sekarang zaman teknologi tetapi jangan sehinggakan hendak bermusyawarah pun menggunakan laman sesawang sosial. Selepas ini mungkin ada segelintir manusia yang ingin solat secara online.
Subscribe to:
Posts (Atom)