WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Friday, November 20, 2009

Bagi salah tak bagi pun salah

Frasa sebegini sudah biasa kita dengar. TGNA juga ada sebut, bagi salah tak bagi kalah dah jadi serba salah. Apa yang dimaksudkan TGNA adalah rasuah. Di sini saya bukan hendak bercerita soal rasuah tapi soal memberi nasihat. Apabila saya melontarkan nasihat kepada rakan2 tentang perbuatan mereka yang salah disisi Islam, saya disoal tentang kelayakan saya. Apakah kita memerlukan sijil untuk memberi nasihat? Adakah ingin mengajak seseorang itu melakukan kebaikan seperti solat dan meninggalkan keburukan seperti berpegangan tangan dengan bukan muhrim memerlukan tauliah? Inilah persoalan yang saya ingin pertikaikan. Bukan ingin mencari salah siapa tapi ingin membetulkan pandangan kita terhadap golongan yang memartabatkan Islam dan membetulkan akidah Muslim Melayu yang semakin hari semakin teruk. Golongan ulama dipandang hina, nasihat mereka tidak didengar walaupun sudah bergelar Mufti. Tetapi pandangan tokoh yang jahil tentang agama diangkat tinggi. Benarlah sekarang kita sudah berada di akhir zaman sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW.
Tulisan ini tiada kena mengena dengan politik

Saturday, October 31, 2009

Mana Lagi Penting

Assalamualaikum..Berdasarkan kepada tajuk tulisan saya, saya ingin mempersoalkan yang mana lagi penting di antara IMAN dan TEMAN. Teman di sini bermaksud teman lelaki @ wanita. Saya melihat kebanyakan sahabat saya lebih mementingkan teman daripada iman. mereka tidak malu untuk berpegang tangan dikhalayak ramai walhal ianya telah dilarang oleh Islam. Mereka juga tidak segan untuk berpelukan dan memaparkan adegan tidak bermoral mereka di laman sesawang sosial. Apabila dikomen mereka melenting dan mengatakan bahawa saya tidak perlu mencampuri urusan mereka. Memang bukan hak saya untuk mencampuri urusan peribadi mereka tetapi atas dasar kepentingan Islam saya perlu menegur. Saya tidak mahu kesucian Islam itu dicemari dengan perbuatan jijik yang terang terangan menghina Islam. Sedarlah wahai sahabatku bahawa kita ini mempunyai Pencipta yang sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku kita. Yang baik datang daripada ALLAH dan buruk daripada saya sendiri. Wasalam.

Tuesday, February 17, 2009

PILIHANRAYA @ PILIHANSAYA??

Assalamualaikum..
Kali ini, saya ingin meluahkan ketidakpuasan hati saya terhadap pilihanraya kampus di kolej saya.
Seperti yang djangka, pemilihan calon pada kali ini merupakan pemilihan calon 'kroni'. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kebanyakan calon yang bertanding merupakan calon yang rapat dengan jawatankuasa pemilihan. Kolej ini merupakan sebuah kolej bersekutu di antara UPM dan UiTM. Saya merupakan pelajar di bawah seliaan UiTM. Yang menjadi persoalannya adalah, mengapa hanya calon dari UPM sahaja yang banyak dicalonkan untuk menjadi MPP? Mengapa calon dari UiTM seperti dipinggirkan? Yang lucunya di sini ialah, tempoh berkempen yang diberikan adalah cuma 3 hari? Adakah ini merupakan pilihanraya atau pilihansaya?
Dan apabila calon pilihan kroni ini menang, mereka diberikan pelbagai keistimewaan seperti membawa masuk barang2 yang dilarang ke dalam asrama seperti tv, rice cooker dan sebagainya.
Bagi kami pelajar yang tidak rapat dengan pihak atasan, jangankan tv, toaster pun tidak dibenarkan.
Kolej ini tak ubah seperti kolej kroni; sama sperti pengerusinya..