Assalamualaikum. Niat. Sesuatu yg mudah diungkapkan. "Aku niat je cukup laa, dpt gak pahala", "niat aku baik,aku nak tolong dia buat assignment", "mesti ade niat tak baik ko ni". Niat tidak menghalalkan cara. Apa yg saya nk kongsikan di sini adalah sudah berniat tapi tak laksanakan. Hadis ada menyebut kita akan mendapat pahala atas apa yg diniatkan sahaja (lebih kurang begitula maksudnya). Memang benar kita tetap peroleh pahala atas niat kita tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan utk kita tidak mengerjakannya. Contoh, seorang sahabat sudah berniat utk berpuasa tetapi dia tidak melaksanakannya, apabila ditegur rakan, dia menyebut "aku ade niat nak puasa,dpt gak pahala, korang xde niat langsung nak puasa, ape pun tak dpt". Rakan tersebut hanya mahu menegur tetapi terus dihambur dengan alasan tersebut. Persoalannya, wajarkah?
Seperti yg ditulis di atas, niat tidak pernah menghalalkan cara. Walaupun kita berniat mahu berpuasa sunat tetapi tidak melaksanakannya, kita tidak boleh memberi alasan yg kita sudah berniat dan tak perlu buat pun takpe. Sewajarnya kita perlu berasa kesal kerana kita tidak dapat mengerjakan apa yg telah diniatkan, bukannya menyalahkan takdir. Takdir boleh diubah jika kita berazam mengubahnya. Jika tidak mampu,redha akan takdir tersebut, bukan menyalahkannya.
Tulisan ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri dan saudara2 sekalian (walaupun takde sape nak bace blog teman). Saya tidak mengharapkan pujian, cukuplah sekadar diambil iktibar dan memanfaatkannya. Ini adalah pandangan saya sahaja. Wassalam.
No comments:
Post a Comment