WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Thursday, February 7, 2013

Mencari Yang Halal Itu Wajib

Assalamualaikum wbt. Kali ni ana mahu berkongsi pendapat dengan kalian perihal mencari yang halal. Namun bukan mencari produk atau makanan halal yang ana ingin kongsi, tetapi tentang pasangan jodoh. "Eh. jodoh pun kene ade cop halal ke?" Sudah tentu dalam mencari jodoh perlu menggunakan saluran atau jalan yang halal. 

Rasulullah SAW bersabda:

“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).


“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273).

Persoalannya, adakah halal itu hanya perlu pada barangan harian dan makanan sahaja? Semestinya tidak! Segala aspek dalam kehidupan kita perlu ada konsep halal-haramnya. Bagaimana yang dikatakan mencari jodoh cara haram? Tentunya dengan cara2 yang dimurka Allah seperti yang berlaku dikalangan remaja pada hari ini. Bercinta tak tentu hala, keluar berpegangan tangan, berpelukan, tidak meminta izin wali sebelum berkenalan dan macam2 lagi perkara yang mendatangkan murka Allah. Jika cara kita mendapatkan atau bertemu jodoh dengan jalan2 seperti ini, adakah perkahwinan kita nanti merupakan perkahwinan yang mendapat barokah dari Allah SWT? Jika sudah berlaku, makan pohonlah keampunan dari Allah SWT, sesungguhnya Dia Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang, in shaa' Allah.

Bagaimana pula cara yang halal? Sudah tentu cara yang berlawanan dengan cara di atas. Contoh seperti, meminta izin wali untuk berkenalan, tidak keluar berduaan, tidak sering berhubung tanpa ada sebab musabab yang penting dan lain2. Semestinya, perkahwinan yang diperoleh merupakan perkahwinan yang dirahmati dan diredhai Allah, in shaa' Allah.

Carilah yang halal, sesungguhnya ia dituntut oleh Islam. Jangan kerana nafsu, kita menderhaka kepada pencipta kita, Allah SWT. Wallahua'lam.

No comments: