Assalamualaikum. Baru2 ni kecoh gara2 seorang artis yang mengeluarkan kata2 yang kononnya menyinggung sensitiviti umat Islam di Malaysia. Apa kenyataan beliau, kalian boleh GOOGLE. Apa yang ana mahu persoal di sini ialah bukan tentang kenyataan beliau tetapi hal yang lebih besar daripada itu. Sudah sedia maklum perbuatan menyentuh tangan atau bersentuhan kulit antara bukan muhrim merupakan perbuatan yang haram. Inilah yang harus kita fikirkan bukannya kenyataan beliau yang sesetengah komen ana tengok agak melampau dalam menjatuhkan hukum sehingga ada yang menjatuhkan hukum murtad kepada beliau. Seolah2 kita ni langsung tak pernah buat salah dan 'confirm' masuk syurga.
Posting ana ni bukanlah untuk 'back-up' beliau tetapi ana tidak mahu perkara yang kecil diperbesarkan namun perkara yang besar dipandang enteng. Kita lihat generasi muda kita sekarang. Keluar berpasang-pasangan, berpegang tangan, berpelukan, kalau naik motor,peluknya sampai boleh memuatkan 16 orang lagi kt atas 'seat'. Yang ini tak nak pula jatuh murtad. Adakah kita 'bias' bila menjatuhkan hukum? Kenyataan beliau itu merupakan satu ayat yang disebut 'sarcasm' atau sarcastic atau bahasa mudahnya, PERLI. Beliau membuat kenyataan memerli stesen A yang tidak menjaga batas2 pergaulan dalam Islam dan memuji stesen B yang menjaga batas2 pergaulan dalam Islam. Di mana ayat yang menunjukkan beliau menghina stesen B? Malahan ana rasa beliau memuji stesen B yang amat menitik beratkan soal maruah sesama Islam. Ini yang seharusnya kita lihat. Namun kebiasaan bagi kita orang Melayu hanya memandang keburukan berbanding kebaikan. Fikir dan renungkan lalu amalkan :)
No comments:
Post a Comment