Assalamualaikum. Seperti yang kita sedia maklum, isu yang hangat diperkatakan sekarang adalah isu no plat. Bukan maksud ana ingin mencampuri urusan orang lain, tetapi ana terpanggil untuk mengulas isu ini. RM setengah juta digunakan untuk membeli 3 huruf 1 nombor. Apa ada pada huruf dan nombor ni? Adakah mempunyai advantage untuk kita diakhirat nanti atau sekadar prestige sahaja? Kalau gah yang kita cari, alangkah ruginya setengah juta itu dibazirkan begitu sahaja. Bukan hak ana untuk mempertikai hak membeli rakyat Malaysia, tetapi belian itu haruslah dilihat dari semua sudut.
Bayangkan dengan wang setengah juta itu, berapa banyak buah rumah yang mampu kita bina untuk rakyat yang tidak ada rumah? berapa ramai pesakit kronik terutama dikalangan kanak2 yang mampu kita bantu? berapa banyak rumah anak2 yatim yang mampu kita bantu? berapa ramai rakyat Malaysia yang boleh kita bantu untuk mengerjakan haji, atau setidak2nya umrah? Di sini kita silap. Ingatlah bahawa pendapatan yang kita peroleh bukan semua milik kita. Dalam harta kita terdapat hak orang miskin.
Di zaman Sultan Muhammad Al Fateh, rakyatnya menolak pemberian zakat. Mengapa? Adakah mereka semua rakyat yang kaya? Tidak! Ini kerana mereka berasa cukup dengan apa yang mereka ada. Tetapi kita di sini, ketua kampung pun mahukan bantuan walaupun setiap bulan dibayar elaun! Kita bergaji besar, sudah mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri, motosikal sendiri tetapi maseh mahu lagi mengumpul kekayaan. Kerna apa? Kerna kita sering merasa tidak cukup dengan apa yang kita ada. Harta2 ini jika boleh membantu kita di akhirat nanti tidak mengapa kita kumpulkan. Kumpulah sebanyak manapun. Tetapi jika disebabkan harta ini kita dicela di akhirat nanti,maka apa gunanya?
Bukan salah mengumpul harta untuk masa depan anak2 kita, tetapi haruslah disalurkan atau digunakan dengan cara yang betul. Jika mempunyai wang yang banyak tetapi digunakan untuk mendaftar nombor kenderaan, adakah ini cara yang betul mengikut landasan Islam dalam menguruskan harta? Ingatlah bahawa nabi Allah Sulaiaman lewat 4 tahun ke syurga berbanding Rasul Allah yang lain kerna baginda merupakan Rasul Allah yang paling kaya diantara semua Rasul. Di akhirat nanti, orang miskin akan masuk syurga dahulu berbanding orang kaya. Kerna apa? Kerna Allah menyoal bagaimana kita mengurus harta kita.
Jadilah orang yang bijak dalam menguruskan harta. Sebaik2baiknya, ikutlah landasan Islam. Wallahualam.
by: alif@adeq
No comments:
Post a Comment