WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Wednesday, February 8, 2012

Malu

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah ana diberi peluang untuk menulis lagi dan kali ni ana nk berkongsi tentang malu. Apa itu malu? Dari segi bahasa, malu ialah perubahan dan pergolakan rasa yang dihadapi oleh seseorang akibat kecelaan atau bimbang berlaku sesuatu kecacatan. Dari segi syarak pula, malu ialah satu sifat terpuji yang mendorong seseorang itu kearah kemajuan dan dan meletakkan seseorang itu di dalam keadaan terpuji dan kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda “malu itu semuanya baik” dan “sifat malu itu tidak membawakan sesuatu kecuali kebaikan”.

Ada yang pernah kata “jangan malu, kalau malu nanti tak dapat apa”. Itu ialah konsep yang salah tentang malu. Apa yang disebut itu ialah sifat penakut. Terdapat perbezaan jelas antara penakut dan pemalu. Penakut ialah merahsiakan apa yang patut diumumkan sementara pemalu menyembunyikan apa yang tidak patut diumumkan. Apa perkara yang patut dan tak patut diumumkan itu? Contoh; jika menegur seseorang melakukan kemungkaran dan mengajak kearah kebaikan, itu ialah perkara yang patut diumumkan atau dilakukan tanpa ada rasa takut. Manakala perbuatan yang dianggap tidak elok atau melakukan kemungkaran dan maksiat misalnya, tidak perlulah diumumkan secara terbuka seperti di laman2 sosial. Contohnya; “mlm tadi lepak ngn kwn2 kt disko”, “jom g club”, “in a relationship with someone”. Ini merupakan contoh2 perkara yang tak perlu dihebohkan. Bila melakukan kebaikan kita malu, tapi bila melakukan kemungkaran kita tidak takut. Sikap ini yang perlu diubah.

Malu juga merupakan salah satu cabang iman. Rasulullah SAW bersabda maksudnya “iman mempunyai enam puluh cabang lebih dan malu satu cabang dari iman”. Hilang malu, rosaklah iman. Ini kerana, malu dapat menghalang atau mengelakkan kita dari melakukan perkara2 mungkar. Ia dapat mencegah kita dari melakukan sebarang kerosakan dan kejahatan.

Jelas di sini, malu merupakan alat pengukur nilai keimanan dan kadar kesopanan kita. Ia merupakan teman rapat bagi iman. Tidak ada iman bagi orang yang tidak malu dan tidak ada malu bagi orang yang tidak beriman. Ana akan sambung topik berkenaan malu di posting yang lain. Sama2 kita tingkat perasaan malu kita dari melakukan sebarang kemungkaran dan kemaksiatan. Wallahu’alam.

No comments: