Assalamualaikum. Di pagi yg redup dan mendung di Arau ni ana nk tulis sikitlah berkenaan dengan tajuk di atas (ayat sekolah,hehe). Attention seeker atau bahasa mudahnya pencari perhatian ialah individu yang suka mencari perhatian. Kalau dulu kita mencari perhatian dengan berpakaian kemas, bg wanita pula berpakaian yang menjolok mata, tetapi, kini dengan adanya laman sosial seperti fb, lebih mudah untuk mencari perhatian orang. "Alaa, ko dengkikan sbb aq ade 100likers setiap kali aq up status..ko xsmpy pun 10", inilah suara2 sumbang yang biasa kita dengar (moga Allah memberi hidayah kpd mereka). Bagaimana mahu mencari perhatian melalui fb? Caranya dengan up status di dinding kita. Status yg bagaimana?
Baiklah biar ana beri sedikit contoh. Jika anda sakit, siapakah yg patut anda mengadu? atau siapakah yg patut anda jumpa? Adakah dengan up status "peningnye kepala","semeseme laarh", penyakit anda akan sembuh? Mengadulah kepada Allah kerna Dia Maha Penyembuh. Berikhtiarlah dgn berjumpa doktor kerna ikhtiar itu adalah dituntut dalam Islam.
Jika anda berasa sedih, dengan siapakah yang anda patut mengadu, meluahkan perasaan anda? adakah dengan berkongsi kesedihan anda di fb, ia akan hilang begitu sahaja? Luahkanlah segala kesedihan anda kepada Allah. Pohonlah doa kepada Allah kerna Dia yang menghadirkan rasa sedih itu dan Dia jugalah yang mampu melenyapkannya. Ataupun luahkanlah kepada rakan2 yang betul2 rapat dengan anda atau kepada ahli keluarga anda sendiri. Tidak perlulah diheboh 1 dunia yang kita sedang bersedih, sakit, lapar, seolah2 mahu mencari "publisiti".
Jadikan fb itu sebagai 1 platform utk kita berkongsi ilmu, bukannya berkongsi perasaan. Ada sesetengah perkara yang boleh dikongsi, bukanlah maksud ana tidak boleh langsung berkongsi perasaan, tetapi ia perlulah mempunyai "limitnya". Wallahua'lam.
2 comments:
salam...
a good point of view u have :)
benar, jadikan sesuatu ruang untuk kita menyebarkan ilmu..boleh untuk menulis yang dikehendaki tapi biarlah ada maksud dan iktibar or maybe nasihat. kerana kita yang bakal bertanggungjawab dengan apa yang kita tulis di hadapan Allah SWT kelak..
wsalam...thanx 4 ur respon :)
betul tu,setiap apa yang kita kerjakan akan mendapat balasan samada baik atau buruk..perlulah berhati2 dgn apa yg kita lakukan..
Post a Comment