WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Wednesday, January 18, 2012

ATTENTION SEEKER

Assalamualaikum. Di pagi yg redup dan mendung di Arau ni ana nk tulis sikitlah berkenaan dengan tajuk di atas (ayat sekolah,hehe). Attention seeker atau bahasa mudahnya pencari perhatian ialah individu yang suka mencari perhatian. Kalau dulu kita mencari perhatian dengan berpakaian kemas, bg wanita pula berpakaian yang menjolok mata, tetapi, kini dengan adanya laman sosial seperti fb, lebih mudah untuk mencari perhatian orang. "Alaa, ko dengkikan sbb aq ade 100likers setiap kali aq up status..ko xsmpy pun 10", inilah suara2 sumbang yang biasa kita dengar (moga Allah memberi hidayah kpd mereka). Bagaimana mahu mencari perhatian melalui fb? Caranya dengan up status di dinding kita. Status yg bagaimana?



Baiklah biar ana beri sedikit contoh. Jika anda sakit, siapakah yg patut anda mengadu? atau siapakah yg patut anda jumpa? Adakah dengan up status "peningnye kepala","semeseme laarh", penyakit anda akan sembuh? Mengadulah kepada Allah kerna Dia Maha Penyembuh. Berikhtiarlah dgn berjumpa doktor kerna ikhtiar itu adalah dituntut dalam Islam.

Jika anda berasa sedih, dengan siapakah yang anda patut mengadu, meluahkan perasaan anda? adakah dengan berkongsi kesedihan anda di fb, ia akan hilang begitu sahaja? Luahkanlah segala kesedihan anda kepada Allah. Pohonlah doa kepada Allah kerna Dia yang menghadirkan rasa sedih itu dan Dia jugalah yang mampu melenyapkannya. Ataupun luahkanlah kepada rakan2 yang betul2 rapat dengan anda atau kepada ahli keluarga anda sendiri. Tidak perlulah diheboh 1 dunia yang kita sedang bersedih, sakit, lapar, seolah2 mahu mencari "publisiti".

Jadikan fb itu sebagai 1 platform utk kita berkongsi ilmu, bukannya berkongsi perasaan. Ada sesetengah perkara yang boleh dikongsi, bukanlah maksud ana tidak boleh langsung berkongsi perasaan, tetapi ia perlulah mempunyai "limitnya". Wallahua'lam.

Friday, January 13, 2012

ANEH TAPI BENAR


Assalamualaikum. Hari ini ana nk kongsi sedikit tentang khutbah Jumaat yang disampaikan oleh ustaz ana sebelum solat Jumaat tadi. Beliau mengatakan bahawa zaman kini orang melihat sesuatu perkara kebaikan atau perkara yang bersifat keagamaan dipandang aneh dan pelik. Berikut disenaraikan beberapa perkara tersebut (ada yang ditambah oleh ana sendiri):

1. Aneh bila melihat wanita memakai purdah, burqa, niqab tetapi biasa melihat orang memakai mini skirt, dedah aurat tanpa rasa malu.

2. Aneh bila melihat golongan muda mendekati golongan ulama', program2 agama, tetapi biasa melihat orang2 muda mengunjungi kelab2 malam, pusat2 hiburan.

3. Aneh bila melihat orang memenuhi majlis ilmu tetapi biasa melihat orang memenuhi konsert2 hiburan.

4. Berat untuk mengeluarkan seringgit-dua tetapi biasa dan ringan mengeluarkan berpuluh ringgit untuk 'top-up' prepaid.

5. Berat untuk melangkah ke masjid untuk solat jemaah tetapi ringan melangkah kaki mengunjungi pusat2 hiburan.

6. Susah untuk meluangkan 5-6 minit membaca Quran tetapi mudah pula menghabiskan 2-3 jam di pusat karaoke.

7. Susah untuk meluangkan masa bersama ibubapa di rumah tetapi mudah berseronok bersama kekasih di luar.

8. Sukar untuk mengungkapkan kalimah2 zikir, mengingati Allah tetapi begitu mudah mengeluarkan kata2 kesat, carut-marut.

Ini adalah sedikit sebanyak perkara yang biasa pada masa kini. Orang mengangap bahawa perkara2 mungkar merupakan satu kebiasaan. Tidak segan untuk berpelukan dikhalayak ramai. Tidak segan untuk mendedah aurat. Tidak malu berfoya-foya di kelab malam. Tidak malu untuk meneguk minuman syaitan. Tidak segan untuk membeli nombor2 ekor.

Tetapi, yang menjadi kehairanan bagi golongan ini, pabila melihat orang memakai serban ke pusat membeli belah, memakai purdah ke pasar malam, menutup aurat semasa bersukan, menghabiskan masa di masjid. Inilah golongan akhir zaman. Golongan yang tidak malu melakukan kemaksiatan. Insaflah saudara2ku sekalian. Insaflah.


Monday, January 9, 2012

WHAT'S ON YOUR MIND

Assalamualaikum. Sedar tak sedar sudah 10 hari kita berada di dalam tahun 2012. Anda tentu familiar dengan tajuk ini bukan? Ya itu menandakan anda seorang kaki facebook (hehe). Apa yang ana nak kongsi di sini berkenaan apa yang ada di fikiran kalian semasa mahu berkongsi atau meluahkan sesuatu di laman tersebut. Adakah perkongsian anda sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain? Atau sekadar cacian, kejian dan kata2 kesat keatas orang lain?

Ana kadang2 terkilan melihat rakan2 ana berkongsi atau 'post' sesuatu yang tidak patut dikongsi. Walau macam mana kita marah, benci sekalipun tidak perlulah kita mengeluarkan kata2 yang amat jijik untuk kita baca. Tidak perlu diluahkan semua perasaan kita pada dinding laman tersebut kerana ia seolah2 meniru perbuatan yahudi yang meluahkan perasaan mereka pada 'dinding ratapan'. Ada juga yang meluahkan perasaan sayang pada kekasih, post lagu kepada mereka tetapi adakah kita pernah berbuat demikian pada kedua ibubapa kita? Adakah kekasih kalian yang melahirkan kalian? Adakah mereka yang memberi makan pakai kalian? Adakah layak kekasih kalian ditatang bagai minyak yang penuh sedangkan mereka tidak pernah berkorban, bersengkang mata untuk membesarkan kalian?

Ya, ana faham kalian amat mencintai kekasih kalian tetapi cukuplah sekadar kalian saja yang tahu. Tidak perlulah diheboh 1 dunia akan perasaaan kalian tersebut. Adakah anda pernah melakukan perkara yang sama pada orang yang paling sayang pada anda? Anda mahu tahu siapa dia? Beliau ialah Rasulullah SAW. Disaat nyawa baginda ditarik oleh Izrael, baginda masih lagi teringat akan kita dengan berulang kali menyebut "umatku, umatku". Baginda juga yang akan memberi syafaat kepada kita dihari pembalasan nanti. Atau anda mempunyai kekasih yang boleh memberi syafaat kepada anda?

Gunakanlah medium pada laman tersebut sebagai salah satu cara kita untuk saling menasihati, saling bertukar pendapat yang bermanfaat, saling berkongsi ilmu dan saling berkongsi informasi. Jangan jadikan ia sebagai medan 'peperangan jari' (sebab taip guna jari,hehe) kerna ia tidak membawa apa2 faedah pun kepada kita. Yang ada cuma berbakul2 dosa yang kita akan kumpul.

Ingatlah saudara2ku bahawa hidup ini perlu akan peraturan. Jadikan Islam sebagai satu cara hidup. Jadikan Islam sebagai peraturan hidup kita. Ingatlah apa yang kita lakukan di dunia tidak kira baik atau buruk akan dipersoal di akhirat kelak. Jangan ingat Allah dan malaikat tidak tahu apa itu fb. Wallahua'lam.


TA'AWUN


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.



Sunday, January 8, 2012

BEBAS (FREEDOM) - Part 1

Assalamualaikum. Hari ni ana nak conteng sikit berkenaan dengan kebebasan. Kebebasan? Kebebasan untuk apa? Pertama skali tentang kebebasan daripada penjajahan. Seperti kita sedia maklum bahawa negara kita telah dijajah bermula pada tahun 1511 hinggalah 1957. Lama bukan? Namun sedarkah kalian kita masih lagi dijajah oleh mereka, terutama dari barat? "mana pulak, pemimpin kita skang org melayu kot". Ya, negara kita kini dipimpin oleh rakyat kita sendiri, tetapi bukan kebebasan itu yang ana maksudkan. Kita bebas dari segi fizikal tetapi dari konteks mental, pemikiran dan tingkah laku masih lagi dijajah oleh barat. Bagaimana?

Lihat sajalah anak bangsa kita terutama yang tinggal dikawasan bandar atau elit. Lihat saja pakaian mereka. Ana lihat lebih barat drpd org barat itu sendiri sedangkan kita berbangsa melayu dan beragama ISLAM. Mengapa jadi begini? Yang pertama kita lihat dari segi didikan ibubapa itu sendiri. Ya, kita tidak boleh menyalahkan 100% ibubapa dlm hal ini tapi melalui didikan merekalah yang akan menentukan samada kita ke SYURGA atau NERAKA. Saya mendengar ceramah drpd seorang ustaz yg mengatakan kurang lebih bunyinya "jika kita ingin lihat samada anak kita berjaya dididik atau tidak kita lihat adakah mereka mempunyai ciri2 anak yang akan menguruskan jenazah kita bila kita mati nanti.." Jika ibubapa sendiri gagal mendidik anak, jangan pula dipersalahkan pihak lain.

Selain itu, penjajah juga telah meninggalkan kesan yang paling besar iaitu budaya hedonisme. Apa itu hedonisme? ia adalah budaya yang melebihkan hiburan, hiburan yang melampau! Setiap hari kita dimomokan dengan hiburan. Program2 hiburan lebih banyak menghiasi kaca2 TV berbanding program2 dakwah, pendidikan , dll. Sambutan tahun baru juga dipenuhi dengan konsert dan sebagainya. Inilah yang dinamakan HEDONISME!

Sebab itu ana katakan yang kita masih belum bebas sepenuhnya. Fikir2kan.

Saturday, January 7, 2012

FITNAH!!!

Assalamualaikum. Hari ni ana nk tulis pasal fitnah. Ya fitnah. Kita sedia maklum bahawa zaman sekarang merupakan zaman fitnah. Fitnah semakin hari semakin berleluasa. Tanpa ada rasa sedikit pun perasaan takut akan azab Allah, mereka2 ini terus menabur fitnah. Tidak kiralah dari segi politik atau sebagainya, fitnah tetap dosa besar!

Baru2 ni ana terkejut dengan pendedahan sebuah blog yang mengatakan seorang ustaz yang menjadi fenomena masa kini merupakan seorang agen yahudi! Hanya kerana beliau bermain gitar semasa ceramah. Ana rasa tak sampai 10 minit pun ustaz tersebut 'menggoreng gitar', beliau sudah dicop sebagai agen yahudi! Astaghfirullah. Berat sungguh tuduhan anda. Adakah anda tidak takut akan azab Allah? Atau anda berasa anda lebih tinggi ilmu agamanya. Kalau begitu, siapa guru anda? siapa kiai anda? adakah anda hanya 'copypaste' hadis dpd web JAKIM tanpa anda tahu maksud sebenarnya? Bertaubatlah saudara selagi nyawa dikandung badan!

Bukan itu sahaja! ada juga bloggers yang menyebarkan fitnah kononnya ustaz tersebut pernah ditangkap berkhalwat@berzina. Astaghfirullah. Adakah anda tahu hukum hudud bagi mereka2 yang menuduh seseorang melakukan zina? Owh, mungkin sebab itu kalian menentang keras hukum hudud dilaksanakan di Malaysia. Menentang seolah2 anda bukan seorang muslim!

Ingatlah saudara2ku sekalian. Hidup kita bukan hanya didunia semata. Akhirat, hari pembalasan menanti kita. Wallahu'alam.

Thursday, January 5, 2012

Hiburan Perlu Batasan

Assalamualaikum. Ini tulisan pertama ana pada tahun 2012. Alhamdulillah, ana diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah. Saban tahun kita dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan. Ada yang bermanfaat tak kurang juga yang melalaikan. Lepas satu-satu kita dihidangkan dengan drama2 atau filem2 baru. Hari ni habis semua episod, esok terbit pula tajuk baru. Ya, Islam tidak mengharamkan hiburan tetapi ia perlulah diseimbangkan dengan akhirat. Jangan biarkan hiburan sesuatu yang membuat kita alpa akan tanggungjawab kita pada agama, keluarga, masyarakat dan sebagainya.

Dengan munculnya saluran2 media sosial baru seperti facebook, youtube, dll, lebih mudah bagi kita untuk mengakses kepada dunia hiburan. Jangan jadikan hiburan sebagai salah satu jalan hidup. Jadikan hiburan sebagai medium untuk kita belajar perkara2 yang boleh mendatangkan keinsafan, kesedaran dan rasa bersyukur kita diatas segala nikmat2 yang dikarunia Allah swt. Bagaimana? Kita boleh menonton filem2 yang mengagungkan kebesaran seperti National Geographic, dokumentari2 tentang keindahan alam, sejarah2 para anbia dll. Bukan hanya mendidik malah mampu membuatkan kita mensyukuri nikmatNya.

Akhir kata, sampai bila kita mahu berhibur? Fikir2kan.