WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Thursday, January 13, 2011

Jom ubah

Salam. Kali ni saya nak tulis tentang masalah terlalu ramai pelajar yang gagal dalam final exam di kolej. Setiap semester baru pasti akan ada pelajar yang gagal meneruskan pengajian ke semester berikutnya. Apa puncanya? Apa yang pasti, mereka ini bukanlah semuanya malas tetapi kurang bernasib baik. Bagi yang sememangnya malas, memang mereka layak menerima kegagalan. Beberapa faktor yang dikesan adlah kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran yg diajar, sama ada terhadap matapelajaran itu sendiri atau terhadap pensyarah yang mengajar. Pensyarah memainkan peranan yang penting dalam memberi pemahaman kepada para pelajar. Jika pensyarah sendiri sambil lewa semasa mengajar dan sering tidak masuk kelas, ini akan mengganggu tumpuan pelajar. Satu lagi faktor adalah pelajar itu sendiri tidak minat untuk belajar kerana dipaksa oleh ibubapa atau 'kalut' melihat rakan2 masuk kolej atau u. Mereka memilih mana2 kolej asalkan mereka juga dapat masuk dn tidak mahu mendengar leteran ibubapa.
Sama2lah kita mencari penyelesaiannya.

No comments: