WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Saturday, June 19, 2010

Islam Hanya Pada Nama.

Islam hanya pada nama. Satu isu yang perlu dititikberatkan. Isu yang jika tidak ditangani akan menyebabkan Islam, Ad-Dinn yang suci, menjadi hina. Kita sebagai muslim hanya Islam pada rukunnya sahaja, berpuasa, solat(kadang2), zakat(jarang2), haji(nama shj) tetapi tidak keseluruhan. Adab berpakaian, pergaulan, tingkahlaku, ia tidak dititikberatkan. Mengapa? Adakah kita merasa Islam itu satu beban? Atau kita sudah merasakan yang Islam itu ketinggalan zaman? "Zaman Rasulullah takde skirt, sebab tu diorang tak pakai"..Adakah ini yang difikirkan muslim kini? Jika beginilah keadaanya, maka buang sahaja gelaran Islam kerana fikiran seperti itu hanya menjatuhkan kesucian Islam. Fikir-fikirkanlah. Hidup untuk mencari amal, bukan mencari keseronokan..Wallahualam.

No comments: