Assalamualaikum. Udah lame bebeno teman x
menulih dekat blog ni. Bukan takde idea tapi maleh nak menaip. For this year
teman takmau guna kata ganti nama 'ana' bagi menggambarkan diri teman sebab
teman mahukan pembaharuan dalam penulisan teman. Teman mahu penulisan yang
lebih sempoi dan santai.
Untuk kali ni, teman nak kongsi perihal
jodoh. Seperti sedia maklum jodoh tu telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak dari
dalam kandungan ibu kita. Segalanya telah tertulis di Lauh Mahfuz. So, jodoh
itu hanya perlu dicari. Persoalannya bagaimana untuk kita mencarinya.
Teman ibaratkan jodoh itu sebagai satu
destinasi. Untuk sampai ke destinasi, kita perlu melalui satu jalan samada
jalan yang lurus atau jalan yang bengkok. Maksud jalan yang lurus ialah jalan
yang mematuhi hukum2 syarak. Contohnya tidak bercinta sebelum nikah, cinta yang
tak dipandu dengan kemaksiatan. Bagi jalan yang bengkok atau tak tegak bak kata
orang johor, ialah jalan yang dipandu dengan maksiat. Bercouple kemudian putus,
couple lagi then putus lagi, couple kemudian dapat anak, buang anak, zina, bunuh
diri, hina tuhan dll. Itu ialah sebahagian contoh jalan yang bengkok yang
bersimpang siur. Lalu jalan mana yang kita mahukab.
Jika iman kita mampu untuk mengastasi
nafsu, maka silakan untuk memilih jalan yang bersimpang. Tapi teman rase, bercouple
itu saja sudah menunjukkan iman kita sudah tewas kepada nafsu. Dalam perjalanan
yang lurus juga semestinya akan mengharungi pelbagai rintangan; wang ringgit,
masa, keluarga dsb. Maka bersabarlah, karena Allah SWT sentiasa bersama orang
yang sabar.
Teruskanlah pencarian. Jika jumpa yang
berkenan terus nyatakan hasrat untuk meminang. Tidak perlu nyatakan hasrat
untuk bercouple karena itu menandakan kita tak bersungguh. Jika ditolak,
teruskan lagi perjalanan. InshaAllah akhirnya kita akan sampai ke destinasi
yang diimpikan.