Setiap insan ada azam yang tersendiri. Ada yang mahu menamatkan zaman bujang, mahu beli rumah, mahu berubah dan ada juga yang mahu bertaubat. Bertaubat? Adakah bertaubat juga dikategorikan sbgai azam? Ya! tetapi ia merupakan azam setiap hari, setiap masa, bukannya setiap tahun. Adakah kita bertaubat setahun sekali? Apakah kita yakin kita tidak melakukan sebarang dosa dalam tempoh 24 jam? Di sini ana ingin tegaskan bahawa bertaubat itu merupakan amalan kita setiap hari. Bagaimana? Adakah kita mahu menunaikan solat hajat setiap masa? Tidak! Hanya dengan beristighfar dan menyedari dosa kita sudah memadai. Ini kerana Islam tidak memberatkan penganutnya untuk kembali ke jalan yang benar. Bersegeralah dalam membuatkan kebaikan kerna kita tidak tahu bila ajal menjemput kita.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan dosa bererti ia membuat noda dengan sebuah titik hitam di dalam hatinya. Apabila ia bertaubat, meninggalkan perbuatannya, dan memohon ampun kepada Allah, maka hatinya jernih kembali. Tetapi apabila ia menambah dosanya, maka bertambahlah titik hitam itu hingga menutupi seluruh hatinya.” – (Hadis Riwayat Ahmad)
Seperkara lagi, janganlah dijadikan sambutan tahun baru itu sesuatu yang melalaikan. Sambutlah ia sekadar bergembira bukannya berseronok sehingga kita alpa akan tanggungjawab kita kepada Yang Maha Esa. Jangan jadikan tahun baru sebagai musim "mengawan". Ingatlah, bahawasanya Allah senantiasa melihat segala perbuatan kita. SELAMAT TAHUN BARU.