WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Monday, March 8, 2010

Persatuan syok sendiri.

Apa itu persatuan? Mengikut pemahaman saya ia merupakan satu kelab atau kumpulan yang mempunyai ahli yang ramai. Apa pula syok sendiri? Ia bermaksud melakukan sesuatu mengikut selera sendiri. Apa pula persatuan syok sendiri? Ia bermaksud persatuan yang membuat atau memutuskan sesuatu perkara tanpa mengambil kira pandangan ahli dan hanya mengambil pandangan kroni sahaja. Inilah yang dikatakan persatuan syok sendiri. Mengapa dibangkitkan isu ini? Saya berasa tidak berpuas hati kerana saya merupakan ahli di dalam persatuan yang baru sahaja ditubuhkan tetapi segala aktiviti atau perkara yang berkaitan dengan persatuan, saya tidak dipanggil untuk turut serta melontarkan pendapat. Alasan mereka, mereka telah menguar-uarkannya melalui "bukumuka". Adakah semua ahli mempunyai "bukumuka"? Adakah mereka mempunyai akses internet untuk kemudahan tersebut? Memang zaman sekarang zaman teknologi tetapi jangan sehinggakan hendak bermusyawarah pun menggunakan laman sesawang sosial. Selepas ini mungkin ada segelintir manusia yang ingin solat secara online.