WELCOME TO TWOM SITE

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"
YA ALLAH, BIMBINGLAH AKU UNTUK MENJADI HAMBA YANG REDHA, HAMBA YANG TAAT, HAMBA YANG SABAR DAN HAMBA YANG SOLEH.

Sunday, December 27, 2009

Doa senjata umat Islam

Di dalam zaman yang serba moden dan maju ini, doa masih manjadi senjata relevan untuk umat Islam. Namun masih ada sekelompok manusia yang takut dan tidak percaya akan doa. Pelbagai reaksi negatif dilemparkan apabila ada tok guru yang berdoa semasa beliau dizalimi. Ada yang berkata, doa hanya untuk kebaikan bukan untuk kemusnahan.
Namun jika kita renung kembali sabda Rasulullah yang mengatakan bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah, maka tidak salah jika kita memohon doa supaya dibukakan pintu hati orang yang menzalimi dan jika tidak berubah juga mohon supaya diturunkan azab keatasnya. Nampaknya ada golongan yang takut akan doa orang yang dizalimi kerana mereka sedar akan kezaliman mereka.
Selain daripada usaha yang keras kita juga dinasihatkan supaya bertawakal. Doa merupakan salah satu bentuk tawakal. Jika kita tidak bertawakal, ini bemakana kita tidak percaya akan kekuasaan Allah dalam menentukan qada dan qadar. Percaya kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang enam. Jika tidak percaya maka runtuhlah iman.
Janganlah kita menjadi pemimpin yang membelakangkan Islam semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi. Janganlah apabila ditimpa sesuatu bencana, barulah kita sedar akan kesalahan dan memohon taubat.